Artikel sebelum ni Presiden PPP dok sibuk kata kalau kita gunakan sistem dakwat kekal untuk tanda pengundi yang dah mengundi dengan tujuan untuk mengelakkan penipuan undi pada PRU13 nanti, ianya seolah-olah kembali ke zaman batu. (baca sini)
Siapa yang batu sebenarnya MyKad ke Kayveas tu sebenarnya batu, tak tau ke Mykad kita ni Cap ikan masin?, meh baca artikel bawah ni yang "tukanglawan" jumpa, ianya membuktikan Mykad yang kita pakai ni indah khabar dari rupa.
KUALITI MYKAD SEPERTI IKAN KERING?
ROSAK...."Inilah ikan masin saya, Hee hee..."
Mykad atau kad pengenalan yang menggunakan Chip 64K yang ditaksirkan sebagai kad pengenalan bermutu tinggi,berkualiti dan termahal di Asia Tenggara, sebenarnya tidak ubah seperti ikan kering yang berbau hapak!
"Saya mana tahu kenapa jadi begini? Sepanjang masa dalam dompet sahaja. Tapi tengoklah sendiri, betul-betul macam ikan kering yang berkulat dan berulat," ujar Padli Shahibon yang menetap di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Papar.
Menurut Padli, beliau telah menjaga kad pengenalannya dengan baik tetapi mungkin kualitinya yang rendah, maka mykad yang dibanggakan Kerajaan Malaysia berkenaan mudah rosak dan tidak berkualiti langsung.
Kata Padli, beliau beberapa kali digertak polis kerana kad pengenalannya dituduh sebagai kad pengenalan palsu.
"Saya anak jati Sabah dan berasal dari Kota Belud. Kalau mykad yang rosak kenapa saya pulak mau ditangkap," ujar Padli yang telah beberapa kali ke pejabat Pendaftaran Negara untuk menukarkan mykadnya tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk menunggu maka ianya masih tertangguh.
Padli menggesa agar Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menyediakan program khas bagi membolehkan mereka menukarkan mykad yang rosak tanpa perlu menunggu lama.
"Jika mereka boleh membuka pejabat pada hari minggu untuk mendaftar kad pengenalan hijau untuk warga asing, tetapi tidak boleh buka kaunter khas untuk rakyat tempatan menukarkan mykad mereka yang rosak," ujar Padli yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang membekalkan kad plastik kepada JPN kerana dikhuatiri tidak bermutu.
Kata Padli, bukan beliau sahaja yang mengalami kerosakan kad pengenalan, malah ribuan rakyat Sabah menghadapi masalah serupa terutama meletakkan mykad mereka di dalam dompet kulit.
Oleh itu, kata Padli, beliau tidak hairan jika ramai pendatang tanpa izin memiliki mykad palsu dan kad pengenalan projek disebabkan mykad yang mudah dipalsukan atau mudah didapati dengan memalsukan keterangan diri.
Amacam, mana puak yang dok sibuk kata guna sistem biometrik pada PRU13 nanti itu adalah tindakan paling bijak?, kalau nanti masa pru tu 100 orang dari 500 orang yang datang mengundi dihalang mengundi kerana cip pada Mykad tak boleh baca, nak buat pilihanraya semula ke sebab ramai yang tak puas hati?
kalauy ada yang kata sistem biometrik itu adalah sistem terbaik, sahla sama batu seperti Kayveas yang lahir pada zaman batu dan guna juga Mykad yang dibuat dari batu, bukan plastik. kah..kah..kah
kalauy ada yang kata sistem biometrik itu adalah sistem terbaik, sahla sama batu seperti Kayveas yang lahir pada zaman batu dan guna juga Mykad yang dibuat dari batu, bukan plastik. kah..kah..kah
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.