Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas berkata cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu".
Memang begitulah kalau takut kalah, kenapa susah sangat nak terima cadangan supaya pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka ditanda, apakah ada sesuatu yang dirancang sampai susah sangat nak terima cadangan tu, nak main pengundi hantu ke?
Kata presiden PPP itu lagi negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini, tapi masalah cip kad yang takde kualiti itu tak pulak Kayveas ulas.
"tukanglawan" sendiri alami masalah cip Mykad yang tak boleh baca,, ada antara kawan-kawan lain pun alami masalah sama kot, jadi urusan yang memerlukan cip itu dibaca jadi sukar, guna teknologi maju tapi tak berkesan buat apa, betul tak?
Presiden PPP ini memang datang dari zaman batu agaknya, terlalu banyak alasan, susah sangat ke nak buat sistem mudah dalam proses mengundi nanti, hendak seribu daya, tak hendak cakap pusingx2.
lepas tu tak perlukan kaitkan masalah mengundi ni dengan perempuan cantik pulak, sekarang bukan lagi zaman orang bodoh senang kene tipu.
"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.
"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.
"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.
Kan agak bangang kenyataan tu?, baik cakap, perempuan cantik tu 3 bulan tak keluar rumah sebab tangan ade dakwat tanda pergi mengundi.
Kadang-kadang masalah paling besar perlu diselesaikan dengan cara paling ringkas dan mudah, kalau dia ni tak tahu, lepas PRU13 bagi dia duduk rumah la pulak.
Kadang-kadang masalah paling besar perlu diselesaikan dengan cara paling ringkas dan mudah, kalau dia ni tak tahu, lepas PRU13 bagi dia duduk rumah la pulak.
JAWATANKUASA Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.
"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di sini Rabu.
Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia dan para mufti.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.