Mahathir Ketakutan - Anwar

| comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang. 

Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’.

Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya.

Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak.

“Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam.

Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak.

Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak,” katanya.

Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah.

Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf.

“Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat,” kata Anwar.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit