Susu melimpah kerana kemalangan,

| comments

SEREMBAN – Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas lebih lima kilometer selama beberapa jam di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Ia berikutan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan susu getah dengan sebuah lori lain di Kilometer 261.7 berhampiran tol Seremban-Labu, semalam.

Kesesakan teruk itu berlaku seawal jam 7 pagi apabila salah satu paip pada lori tangki terbabit pecah, menyebabkan beribu-ribu liter susu getah tumpah ke lebuh raya.

Ketua Operasi Bahagian Operasi negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.46 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Tiga jentera berserta 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Seremban dikejarkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Apabila tiba di lokasi, kami mendapati hampir seluruh laluan di lebuh raya terbabit dilimpahi susu getah,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori mengangkut barang melanggar belakang lori tangki berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Tangkak, Johor Bahru.

Ahmad Nizam berkata, pelanggaran terbabit menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki lori terbabit sehingga berlaku tumpahan susu getah.

Bagaimanapun kedua-kedua pemandu dan kelindan lori, masing-masing berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kita terpaksa minta bantuan polis untuk menutup sebahagian laluan di kawasan terbabit untuk kerja pembersihan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan pancutan air dan serbuk kayu untuk membuang susu getah yang melekat di atas jalan.

Semuanya selesai kira-kira jam 9.30 pagi. Lebihan susu getah di dalam tangki lori terbabit terpaksa dipindahkan ke lori tangki bantuan bagi mengelakkan limpahan berterusan,” katanya.

 "tukanglawan" minta semua pemandu berhati-hati melalui kawasan tersebut, kerana sisa tumpahan getah itu mungkin akan memberi sedikit kesan dalam pemanduan anda... abang-abang lori pun hati-hati lah memandu, rehat sebentar bila letih.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit