Ingat tak kisah najib dimalukan di kota London, Ironinya bapa nya Tun Razak meninggal dunia sebagai wira di kota London, namun, najib pula diperlekeh teruk dikota itu bukan sekali, tetapi dua kali. iaitu selepas BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0
Oleh itu adalah lebih baik Najib muhasabah diri sendiri, sebelum sibuk menyalahkan orang lain terutama rakyat yang rata-rata sudah semakin cerdik sekarang.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermuhasabah bagi menilai kelemahan diri beliau sehingga dimalukan sedemikian rupa di luar negara.
“Ini ekoran dari sambutan mengejut laungan ‘bersih’ dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di London .
“Tiada siapa menyangka dan tiada siapa mengarahkan individu terbabit melaungkan ‘Bersih’ terhadap Najib di ibu kota London,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor
Bagi DPPM, ujarnya itu adalah ekspresi rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia dan mengimpikan sebuah demokrasi yang benar-benar menepati hasrat rakyat di negara ini.
Menurutnya, mereka juga adalah rakyat yang sedar dan benci terhadap penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini.
Katanya, DPPM menegaskan, perhimpunan Bersih 3.0 dianjurkan dengan disertai oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang hadir secara sukarela.
Tambahnya, mereka tidak diangkut dengan bas, tidak diberikan nasi bungkus percuma, tiada tambang, baju T dan lain-lain lagi.
Bahkan, ujarnya mereka membayar sendiri kos perjalanan untuk hadir ke Bersih serta membayar dengan harga yang mahal melalui pengalaman pedih ditangkap, ditembak gas pemedih mata dan dipancut dengan air kimia.
Bersih juga, tegasnya tidak memaksa rakyat dari seluruh dunia hadir mengadakan perhimpunan di seluruh dunia.
Menurutnya lagi, difahamkan hampir 70 buah negara mengadakan perhimpunan Bersih bagi menyatakan suara yang sama yang dituntut oleh rakyat.
Katanya, mereka mengadakan perhimpunan dengan jiwa yang bersih dan secara sukarela, bukan dipaksa.“Kerana itulah momentumnya cukup kuat sehingga rakyat di luar negara turut merasainya.
“Lebih dari itu, mereka meluap-luap untuk turut sama melaungkan Bersih tatkala PM hadir di luar negara,” katanya lagi.
Justeru, ujarnya DPPM merasakan, kesemua tindakan itu adalah sebagai mesej cukup jelas kepada PM dan kerajaan Malaysia.
Tambahnya, tiada perkara lain yang mesti dilakukan selain daripada bersihkan sistem pilihan raya di negara ini.
Menurutnya, rakyat sudah cukup derita dengan berpuluh tahun ditipu dan ditindas dengan penyelewengan ketara dalam pilihan raya.
Katanya, penafian demi penafian tidak menjawab kritikan banyak pihak dengan pembuktian yang semakin banyak didedahkan.
“Jangan terkejut pula PM disambut ‘bersih’ di kesemua tempat yang dilawatinya di luar negara,” katanya lagi.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.