Polis bertindak luar kawalan dalam menangani peserta himpunan aman BERSIH 3.0 hari ini, akibat tekanan dari rakyat dan kera-jaan, merekasudah tidak lagi mampu menilai apa yang harus mereka lakukan, mereka diasak oleh Kera jaan sehingga sudah terlupa bahaya rakyatlah yang membayar gaji mereka.
Namun amat menyedihkan, bila wang yang datangnya dari rakyat itu disangkakan adalah wang pemberian ikhsan pemimpin umno apco, desakan demi desakan dari "tangan ghaib" membuatkan mereka menyangka, hanya umno pemberi rezeki, kita takut akidah polis ini terpesong bila mereka fikir tanpa umno anak bini mereka mati kebulur.
Peristiwa kekejaman FRU kali ini terjadi lagi, sedang rakyat masih simpan dendam atas Dosa-Dosa si FRU yang bertindak kejam padaBERSIH 2.0, HAri ini mereka lakukan lagi tindakan bodoh.
FRU bukan sahaja siang tadi "meletuskan" Gas pemedih mata pada peserta himpunan yang tidak punya banyak ruang untuk melepaskan diri, malah telah menembak tepat ke Kepala seorang peserta bersih sehingga Haji Habizal bin Nadzir cedera kepalanya akibat terkena tembakan tabung gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.
Semoga ALLAH sahaja membalas dosa Anggota FRU tersebut.
Beliau dikatakan "parah" dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL,teringat "tukanglawan" pada peristiwa BERSIH 2.0 Lalu bila pengawal Anwar Ibrahim parah di muka bila ditembak tepat Gas pemedih mata yang dihalakan ke Kepala Anwar Ibrahim terkena pipi Pengawal keselamatanya. Hari ini kes tembak "kepala" jadi lagi.
Sementara itu seorang lagi peserta bernama Su Kwang Hong seorang peserta BERSIH 3.0 parah akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.
Masih ingatkah kita kejadiaan Mat Sabu dilanggar kereta pada himpunan BERSIH 2.0 lalu dan polis nafikan?
Tak apa lah, Doa orang yang dianiaya sedemikian rupa walaupun bukan orang Islam tiada hijab, Semoga ALLAH membalas kekejaman Anggota polis yang melanggar mangsa itu.
Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL. kecederaan pada peserta BERSIH kali ini tidak seberapa berbanding kecederaan yang Umno bermula saat ini.
BERSEDIA TUKAR KERAJAAN, KITA SUDAH SEDIA BERUBAH.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.