Nazri Aziz Cuba Tutup Isu Peribadi

| comments

Tiba-tiba nazri aziz terlalu banyak bercakap,  semalam nazri aziz berkata "Dataran Merdeka" - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Ok, "tukanglawan" tahu apa yang nazri aziz cuba sampaikan, dia cuba beritahu kepada rakyat, jika mahu turun untuk BERSIH 3.0 Tak perlulah ke " Dataran Merdeka" sebab kerajaan tak enarkan kawasan itu dijadikan tempat berhimpun.

Hai...nazri aziz cuba nak bangangkan rakyat ke, "tukanglawan" cuma nak tanya,  "karnival" tarik ramai orang untuk berhimpun di sesuatu tempat tak?

Jadi bagaimana dengan karnival yang dilakukan di dataran merdeka tempoh hari?, bukankah nazri aziz kata "Dataran merdeka bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman"

Jom tengok bukti nazri aziz tidak menghalang karnival sebelum ini gambar dibawah, bukankah karnival itu meng"himpun"kan ramai orang?, jadi kenapa karnival tempoh hari tidak dihalang oleh nazri aziz jika tidak sesuai berhimpun disitu?


Ohh anda tidak puas hati agaknya, kerana petikan itu diambil dari sebuah blog, bagaimana jika "tukanglawan ambil sedikit screenshoot dari sebuah portal terkenal bahawa memang sebelum ini "dataran merdeka" telah mengadakan karnival yang meng"himpun"kan ramai orang?, jom tengok


Adoi, apa jenis pak menteri ni, nak buat apa sebenarnya ni, himpunan ke, konsert ke, karnival ke, apa ke keadaanya sama saja, "ramai orang akan berkumpul disesuatu tempat kerana sesuatu sebab" jadi kenapa BERSIH 3.0 tidak boleh diadakan disana,?, Karnival seperti contoh diatas ( ada banyak lagi sebenarnya) boleh pula diadakan.

Jawapanya mudah, bukan nazri aziz itu tidak faham perkara itu, dan sebenarnya bukan mahu menyatakan apa yang dikatakannya , tapi sekadar mahu mensensasikan isu tapak himpunan bersih sehinggakan rakyat lupa skandal yang menghantui keluarganya.

Ok, Nak tanya nazri aziz pulak, dah cakap ke dekat anak, yang pukul orang sesuka ati itu tak boleh, tak sesuai dengan hukum Islam dan undang-undang negara?.

Rakyat tak lupa isu anak nazri aziz pukul pengawal keselamatan, nazri aziz jangan banyak bunyi pasal BERSIH 3.0 isu anak anda masih belum selesai. ( baca sini )


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit