Lebih 300 mahasiswa menyertai demonstrasi di ibu negara petang ini menuntut pemansuhan skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kumpulan mahasiswa itu, sebelum berhimpun di Dataran Merdeka, berkumpul di kawasan Masjid Jamek
dan kemudian di pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar jam 2.30 petang mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar dan pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden parti itu.
dan kemudian di pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar jam 2.30 petang mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar dan pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden parti itu.
Mereka berhimpun di Dataran Merdeka menuntut respons daripada pihak kerajaan mengenai tuntutan mereka agar skim pinjaman PTPTN dimansuhkan.
Kronologi demonstrasi:
- Bermula jam 2 petang, kira-kira 300 orang berkumpul di Masjid Jamek. Kemudian mereka berarak ke Dataran Merdeka dan kemudian menuju ke Kompleks Sogo. Antara yang berada di barisan hadapan adalah Adam Adli, Safwan Anang dan Syukri Razak.
- Di pekarangan Kompleks Sogo, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua menyampaikan ucapan menggunakan pembesar suara, dalam lima minit
- Safwan Anang bersama Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Shahid Zain telah bertindak meletakkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin. Kalungan bunga beserta replika batu nisan di tepi kedua-dua gambar pemimpin itu, sebagai simbol ‘orang mati’, di hadapan batu nisan itu tertulis perkataaan ‘reformasi’, beserta poster-poster yang menggesa Najib berundur serta disusuli laungan mansuhkan PTPTN.
- 3.45 petang, kumpulan mahasiswa ini bergerak semula ke Dataran Merdeka, diketuai Safwan Anang. Menurut Adam Adli mereka akan duduk di Dataran Merdeka dan menunggu respons daripada pihak kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma. Anggota polis dan trafik DBKL mengawal lalu lintas bagi memastikan keadaan terkawal dan memudahkan pergerakan orang ramai.
- 4.30 petang, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.