Nak cakap pasal BERSIH-satu Fenomena. Saya bukan pakar analisis politik. Sejak mula ura-ura nak buat perhimpunan BERSIH pun saya tak ambil pot. Bagi saya perhimpunan Haji saja yg pernah saya hadir. Perhimpunan lain tak minat, cuma minat baca cerita dan kisah-kisah yg ditulis orang mengenainya. Saya paling tak suka kalau kaum wanita ambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan (Kecuali Haji dan Perang fisabilillah jika terpaksa), termasuk dalam perarakan hari KEMERDEKAAN.
Peliknya bila tiba tarikh kemerdekaan, rakyat malah dikerah untuk berhimpun dan memeriahkan suasana. Tak ada gas pemedih mata ditembak, kenapa BERSIH tidak boleh dijayakan seperti itu?
Syukur kerana saya tak pernah dikerah untuk perarakan hari Merdeka, perarakan maulid atau apa-apa perarakan untuk untuk menunjukkan "semangat". Dengan kata lain saya memang tak ada semangat nak berarak atau berhimpun,saya tunggu hari perhimpunan di yaumul Masyar sahaja lah.
Bila saya lihat tulisan BERSIH 2.0, tahulah saya ini kali kedua BERSIH berhimpun atau buat gagasan. Agak pelik bunyinya, kerana tak ambil pusing hal perhimpunan saya tak berapa peka kehadiran BERSIH yang sudah masuk siri kedua, sudah boleh masuk kategori satu fenomena.
Setakat pembacaan saya, BERSIH ini bukan gagasan parti politik tetapi sebahgian besar daripada pejuangnya adalah terdiri dari ahli parti-parti politik pembangkang, jadi apa pun gagasannya ia tetap dianggap pembangkang. Hanya pembangkang sahaja yang tak puas hati dengan sistem pilihanraya, yg pro kerajaan dan yang "tak mendengar" terus menganggap SPR telus dan tulus.
Saya baru sahaja membaca beberapa catatan kenangan dan rakaman peristiwa yang ditulis oleh beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan, saya membaca cacatan pemuda Cina dan muda-mudi Melayu.
Mungkin bagi orang Melayu yang pekat semangat "keris tamingsari"-nya menganggap orang Cina yang masuk perhimpunan ini adalah petualang yg tidak mengenang budi. Saya terbaca juga beberapa cacatan di wall FB rakan yang tak dikenali (macam mana boleh jadi friend?) yang mengeluarkan kata-kata tak bermaruah, kurang matang dan emosi mengutuk perhimpunan bersih tanpa mahu memberi peluang diri berfikir secara objektif.
Semua ini saya anggap satu fenomena, adanya satu kumpulan pendesak (BERSIH) dan ada satu puak yang menonton dan hanya memberi komen seperti saya. Sekumpulan manusia yg bercakap hal yg sama iaitu hal BERSIH.
Paling banyak komen negatif dan kurang masak mengenai "keamanan" semasa hari perhimpunan. Kononnya hari itu akan wujud huru hara, peniaga akan rugi dan yang pasti jalan sesak. Jalan pastinya sesak, itu tak dapat dielakkan. Tapi tentang huru hara dan peniaga rugi, ini tak pasti. Biasanya di mana ada orang ramai, pernigaan akan bertambah maju.
Sebab itu pihak kerajaan selalu adakan perhimpunan peniaga seperti MAHA yang tujuannya menggalakkan orang berhimpun dan membeli. Semasa berlangsungnya festival, ramai manusia berhimpun dan jalan mesti sesak. Itulah fenomena perhimpunan, tidak pelik. Tentang huru hara pula, apa logiknya perkara ini diramalkan? Saya nampak tak logik. Memang akan ada pihak yg ambil kesempatan di mana-mana perhimpunan pun, dan di sinilah tugas pasukan polis dan tentera sebenarnya, mengawal dan menjaga ketenteraman awam.
Tetapi lain yang terjadi di perhimpunan BERSIH 2.0. Belum ada huru hara polis dah mulakan sekatan, tembah gas pemedih mata, maka jadilah huru hara haru biru. Kemudian media kerajaan melemparkan tuduhan-tuduhan sumbang sedangkan mereka sendiri juga yang menunjukkan gambar-gambar gas pemedih mata dilepaskan tanpa dapat memberikan satu alasan yg munasabah kenapa gas pemedih mata harus ditembakkan?
Semua yg digambarkan adalah negatif. Saya terfikir kenapa pihak kerajaan bermatian-matian menetang BERSIH? Mengapa tidak pihak pimpinan meluangkan masa hadir sama di perhimpunan, buka mata buka telinga berikan peluang mendengar apa yang dituntut. Tak luak tahi telinga pun kalau jadi pendengar yang baik malah kerajaan akan dipandang BERSIH oleh rakyat didalam dan luar negara.
Saya rasa sangat pelik dengan pimpinan kerajaan, yang sering melaungkan slogan-slogan retorik "rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan" tetapi mereka bersikap tidak mendengar atau bahasa kasarnya buat pekak badak. Sebagai rakyat yang masih boleh berfikir rasional,
saya menyeru kerajaan menghentikan sikap baling batu sembunyi tangan. Pihak polis terang-terang melepaskan gas pemedih mata kenapa pula rakyat yang dikatakan derhaka. Rakyat tidak derhaka jika pimpinan kerajaan BERSIH dan mahu mendengar pandangan rakyat.
Jadilah kerajaan yang peka kepada cadangan-cadangan rakyat sekalipun mereka pembangkang. Hanya dengan ini sahaja kerajaan boleh dipandang BERSIH dan dihormati. Kepada POLIS pula taatlah kepada kerajaan tetapi jangan lupa tanggungjawap anda kepada rakyat. Rakyat tidak bersalah untuk berhimpun secara aman, anda sepatutnya mengawal mereka bukan memburu mereka.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.