Ini lah menjadi persoalan sebenar kali ini. Bagi saya kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau untuk meraih undi pengundi atas pagar kerana situasi sekarang telah memihak kepada Pakatan Rakyat setelah pelbagai kes-kes yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional telah dibongkar oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Jika tindakan yang dijalankan seperti di perhimpunan Bersih 2.0 dikenakan kepada rakyat yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0, sudah pasti ia akan membawa impak yang buruk kepada bilangan undi Barisan Nasional ketika Pilihanraya Umum ke 13 kian hampir.
Bukan sahaja Hisyamudin, tetapi Najib juga jelas meraih undi dengan memberi wang BR1M sebagai gula-gula sebelum pilihanraya. Tetapi tindakan ini telah dihidu lebih awal oleh rakyat berkenaan pemberian ini sebagai dadah untuk mengkhayalkan pengundi sebelum pilihanraya.
Jika anda sebagai rakyat perasan, kini pengundi Cina dan India semakin jauh dari Barisan Nasional. Sebagai tindakan untuk mengatasi masalah tersebut Najib serta pemimpin lain sering merayu, memberi logik mengikut kepentingannya, mengungkit jasa dan kadang-kadang melontarkan nada berupa ugutan. Beliau juga sanggup hadir ke pelbagai sambutan yang dianjurkan kaum Cina dan India, termasuk meraikan Thaipusam di Batu Caves, siap dengan berpakaian kurta kuning. Selain Itu beliau juga sering menghulurkan "bantuan segera" kepada komuniti Cina dan India, setiap kali ada kesempatan berbuat demikian. Untuk itu, sekolah Cina, NGO, pusat kebudayaan India dan sebagainya sering menerima "durian runtuh" daripada Najib.
Ini jelas bahawa Barisan Nasional kini semakin terdesak untuk meraih undi . Saya berharap rakyat dapat mengekalkan kesinambungan ini dan secara automatiknya dapat menjatuhkan rejim zalim ini pada Pilihanraya Umum ke 13...
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.