Barisan Nasional Ketandusan Pimimpin Wanita

| comments

 Negara digemparkan apabila Najib menawar diri untuk menggantikan Sharizat Abdul Jalil untuk menaungi kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Tindakan ini telah mencetuskan satu spekulasi besar berkenaan Pemimpin Barisan Nasional

Ini kerana tindakan ini telah menceritakan  bahawa Barisan Nasional diambang ketandusan pemimpin  yang mampu untuk mengambil alih kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saya tidak bermaksud pemimpin wanita di Malaysia kini tidak berkualiti. Sebaliknya, kini golongan gender wanita yang berkaliber telah berhijrah untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat lalu secara automatiknya menolak perjuangan kuno Barisan Nasional yang semakin ditelan zaman.

Bagi saya, Shahrizat bukan sahaja perlu meletakkan jawatan dalam kabinet, tetapi beliau juga wajib meletakkan jawatannya didalam parti seperti yang didesak oleh Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim. Tetapi ini telah disangkal oleh Najib yang menyuruh Shahrizat untuk mengekalkan jawatannya sebagai ketua sayap wanita atas alasan beliau dipilih oleh anggotanya sebagai ketua. Bagi saya, itu bukan sebab sebenar Najib tidak membenarkan Shahrizat meletakkan jawatan didalam parti. Ini kerana Najib sedar bahawa Umno kini ketandusan pemimpin wanita yang berkualiti.

Pengumuman Najib itu telah menolak spekulasi  mengatakan bahawa ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah sebelum ini sebagai pengganti Sharizat Abdul Jalil untuk menerajui kementerian tersebut ekoran lantikannya sebagai senator baru.


Perletakan jawatan oleh  Sharizat Abdul Jalil sejurus tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit