Azmin Ali Cabar Najib Debat

| comments

Program Hi-Tea bersama Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali petang semalam (06 Apr 2012) jam 5.00 petang berjalan lancar. Program yang diadakan sempena kunjungan beliau ke kawasan Kuantan telah mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat di Indera Mahkota 2, Kuantan.
Turut bersama di dalam program santai petang itu adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung serta seluruh pimpinan PKR Negeri, AMK dan Wanita Pahang serta pimpinan PAS dan DAP kawasan Kuantan

YB Azmin di dalam ucapannya yang hampir satu jam petang semalam mengingatkan masyarakat di Kuantan tentang tipu daya dan fitnah yang dimainkan oleh media kawalan Umno menjelang Pilihanraya Umum yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi. Jika dahulu, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi mangsa fitnah jahat Umno, kini beliau pula menjadi sasaran puak mereka, katanya. YB Azmin turut menjawab beberapa isu dan fitnah Umno terhadap dirinya termasuk isu pemilikan saham jutaan ringgit yang kononnya beliau miliki.

Pada sebelah malamnya pula, YB Azmin Ali berceramah di Markas PAS Kg Kuala Pahang, di Parlimen Pekan yang kini diwakili ole Najib Razak. ceramah malam itu dihadiri seramai lebih kurang 2,000 rakyat Pekan.

Azmin Ali di dalam ceramahnya banyak menyentuh tentang perbandingan pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn, Beliau juga mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN yang kini ditanggung oleh para pelajar sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Azmin Ali juga mengulangi janji Pakatan Rakyat yang akan menurunkan harga minyak sekaligus bakal menurunkan harga barang yang sekarang ini amat membebankan rakyat.

Turut disentuh oleh Azmin adalah berkaitan isu pembersihan daftar pengundi Pilihanraya. PSC yang ditubuhkan gagal diimplimentasikan oleh kerajaan, justeru itu beliau mahu rakyat turun berhimpun pada Himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini nanti.
Paling menarik dalam ceramah itu, Beliau telah mencabar Najib Razak untuk Berdebat dengannya, sifat `penakut' Najib untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukkan Najib mahu menyembunyikan sesuatu dari diketahui rakyat. "Sekiranya Najib gentar untuk berdepan dengan Dato' Seri Anwar di dalam perdebatan, saya mencabar Najib untuk berdebat", Cabar YB Azmin

Amacam, Agak-agak najib berani tak? , kah..kah..kah



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit