Mana tak terpaksa pinjam untuk sambung belajar, nak sambung belajar ni bukan senang, bayangkan kalau ada 2 anak yang sambung study, yuran nak kene bayar, nak bagi duit makan lagi, transport dari rumah nak ke U, belum lagi duit photostat, beli buku, alat tulis, komputer riba, komputer rosak printer jahanam, hard disk korup.. format laptop... bagi simpan kalau-kalau kecemasan dan banyak lagi.
yang tu pun rata-rata puak takde otak tak mampu fikir, optionnya bukan pinjam atau tak, pilihannya mahu sambung atau tidak, dan kalau mahu sambung, silakan pinjam PTPTu, lain la kalau mak bapak tu senang sangat. duit terlebih melimpah ruah.
Sebab tu juga la mahasiswa tuntut pembelajaran percuma, itu untuk sapa?. untuk diorang yang dah nak abis study tu ke atau untu8k generasi akan datang, nak harap ada yang bagi biasiswa berapa banyak yang dapat,
cerita pasal tak dapat nei, jom kita baca kisah bawah nei
Bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Datuk Dr Abdul Shariff Hamid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap sembilan pertuduhan bersubahat bagi kelulusan tuntutan palsu membabitkan lebih RM300,000, tahun lepas.
Dr Abdul Shariff, 52, didakwa bersubahat dengan pengurus bahagian pengurusan program YPM Zainal Rashid Zakaria, 43, dengan mengarahkan pengurus kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah supaya meluluskan tuntutan yang dikemukakan Zainal Rashid melalui borang pengesahan pembayaran.
Borang itu mengandungi maklumat palsu bagi pelaksanaan sembilan Program Kecemerlangan Ilmu dan Sahsiah Diri Murid di negeri Perak antara 5 Julai dan 22 September 2011.
Dr Abdul Shariff dituduh bersubahat untuk meluluskan tuntutan program itu yang keseluruhannya bernilai RM304,650, sedangkan dia tahu program itu tidak dilaksanakan.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di pejabat YPM, Aras 9, Medan MARA, Jalan Raja Laut pada 1.30 tengah hari 23 Jun 2011.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, Zainal Rashid mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan menggunakan borang pengesahan pembayaran yang mengandungi maklumat palsu bagi pelaksanaan sembilan program tersebut.
Program itu yang keseluruhannya bernilai RM304,650, dikendalikan Syarikat Neem Resources, yang mana Zainal Rashid tahu program tersebut tidak dilaksanakan.
Bapa tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada masa dan tempat yang sama.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dari SPRM menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh dan memohon supaya pasport milik Dr Abdul Shariff diserahkan kepada mahkamah.
"Jumlah jaminan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan Sembilan pertuduhan yang dihadapi oleh setiap tertuduh dan membabitkan jumlah yang besar melebihi RM300,000," katanya.
Peguam Waz Azmir Wan Majid yang mewakili Dr Abdul Shariff memohon supaya jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya yang mempunyai enam anak itu tidak mempunyai pendapatan yang tinggi dan isterinya hanya mempunyai simpanan sebanyak RM10,000.
Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Katri Abdulla yang mewakili Zainal Rashid memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan yang berpatutan kerana anak guamnya mempunyai pendapatan RM7,000 sebulan dan perlu menyara keluarga termasuk ibu mertua yang sudah tua.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Dr Abdul Shariff menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes
Ok, kita tak tau betul atau salah, biar mahkamah yang tentukan nanti. tapi RM 300, 000 tu boleh bagi pendidikan percuma kat sapa? bukan kat mahasiswa ke, berapa ramai boleh dapat pendidikan percuma? fikirkan lah sendiri.
hutang tajuddin ramli leh lupus, tapi hutang mahasiswa mane boleh, itulah lubuk duit kerajaan umno, budak abis belajar bukan takat bergelar siswazah, tapi jugak bergelar penghutang.
Sebat duit rakyat RM250 juta boleh dapat pasport untuk ke luar negara, tapi penghutang PTPTu tak boleh, walaupun ada pekerjaan bagus ditawarkan buat diorang di luar negara....
Betapa bangsat jadi rakyat malaysia.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.