Co Blogger Blog "tukanglawan" Ditumbuk Penguatkuasa.

| comments

Seorang penulis tamu blog "tukanglawan" cedera dikasari penguasa DBKL dalam insiden roboh khemah mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka semalam.

dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang itu, penguatkuasa DBKL telah datang menemui mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Pihak DBKL mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini. (ye ke atau alasan mereka)

Mahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar, ini adalah apa yang telah mereka putuskan sebelum mereka berhimpun disitu lagi.

Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

DBKL yang berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak, pada ketika itulah beberapa mahasiswa telah dikasari dengan mencekik dan menumbuk mahasiswa terbabit termasuklah penulis tamu blog "tukanglawan".

Terdahulu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut mengunjungi lokasi khemah mahasiswa, berkata Pakatan Rakyat akan membentang usul khas berhubung tuntutan mahasiswa untuk membatal PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di Parlimen esok.

Mengikut undang-undang himpunan yang baru, himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka ini dibolehkan dan polis tidak boleh masuk campur,” katanya

Tindakan DBKL itu tidak dapat mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkampung disana, walaupun beberapa buah khemah dirobohkan dan dirampas, mereka kemudian membina khemah baru.

Nah, kebangkitan anak muda sudah bermula, apakah kita hanya mahu melihat sahaja tanpa menyokong mereka, penghapusan PTPTN adalah untuk semua, untuk generasi akan datang,. kita ada pilihan buat anak-anak kita, biar mereka belajar dengan bantuan sepatutnya ( tanpa peras ) atau cita-cita mereka berkubur kerana makin lama, pendidikan juga satu perniagaan?.


Mereka sedar itu, dan mereka bukan berjuang untuk diri mereka, hari ini mereka hanya berjumlah 30 orang, pastikan esok akan hadir lagi 30 orang bersama mereka.


Sebarkan, ini adalah satu pesanan hasutan dari "tukanglawan"






Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit