Remaja OKU Dibunuh Kejam Radiasi

| comments

Masih lagi degil dan tidak mahu mengalah, memang lah Umnoapco tidak akan mengalah dalam isu LYNAS, kerana jika mereka mengalah, rakyat akan dapat lihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan bila membenarkan kilang LYNAS beroperasi akan menampakkan kebodohan mereka.

Kalau kebodohan mereka terselak, pasti riwayat mereka juga akan cepat habis, jadi, benar tau tidak mereka akan katakan mereka benar dan lain orang silap. jadi bermati-matian la mereka mempertahankan projek nadir bumi LYNAS di Gabeng, Pahang.

Pada tahun 80an dahulu bila kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) dibenar beoperasi di Bukit Merah Perak, ia menjadi malapetaka,  ketika itu tidak ramai yang tahu perkara berkenaan apa itu radioaktif dan apa kesannya, tidak terdedah maklumat bahayanya sisa dari kerja proses bahan mentah itu. jadi pembinaan kilang memproses bahan kimia itu dianggap biasa,

Tiba-tiba ia menjadi bahana, kilang itu mengeluarkan bahan radioaktif, sisanya menyebabkan kesan hampir seperti radiasi atom yang digugurkan di jepang, walaupun tidak la teruk dan drastik, namun kelahiran bayi cacat akibat radiasi tiba-tiba meningkat di sekitar kawasan itu.( ini cuma cerita perihal mutasi bayi dalam kandungan, belum lagi kesan lain seperti barah dan penyakit kritikal)

 Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982, mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal.


Inilah kesan radiasi dari sisa buangan kilang memproses nadir bumi itu. ini bukan omongan kosong., setiap bendasing pasti mengakibatkan kemudaratan, cuma besar atau kecil, sikit atau banyak kemusnahan atau gangguan sistem, tubuh yang mampu terjadi.

Berbalik pada kisah Lynas, mengapakah kita tidak ambil iktibar, dulu kilang ARE ini telah beroperasi, dan hasilnya sudah kita lihat, pelaburan yang dibuat terpaksa dihenti, kilang terpaksa ditutup, namun sisa radiasi masih terlekat di sana, manusia cacat tidak mungkin dapat dipulihkan.

Lebih malang lagi kematian akibat bahana radiasi kilang itu tidak dapat disekat dari terus memamah jiwa raga mangsanya. mati akibat tubuh tidak lagi tertahan dimamah bisa radiasi ( benar mati itu ketentuan tuhan, ) setelah lama menderita.

Dan benar kejahatan bisa radiasi itu sangat menyeksa, lahir jadi cacat, menangung sengsara dan akhirnya mati. itu yang terjadi , jadi pada mangsa kilang ARE Bukit Merah, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah ,semalam dia telah mati.(Berita penuh)

ARE bukit merah, dan Lynas, nama berbeza tapi bencana pasti hampir serupa. apakah mahu tunggu mangsa pertama LYNAS baru kita mahu hentikannya?.


SILA KLIK SINI UNTUK LEBIH ARTIKEL MENGENAI LYNAS

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit