Teringat "tukanglawan" satu ketika dulu terserempaklah dengan seorang rakan lama, dalam pertemuan sekejap itu dia bertanyakan pasal ideologi politik, maka kata "tukanglawan" padanya tukanglawan bersama pakatan rakyat sekarang.
Lalu katanya,ideologi "tukanglawan" perlu dipertimbangkan semula.... sambil memetik beberapa kata-kata hikmat Hassan Ali sebagai rujukannya. lalu bertanya "tukanglawan" padanya, baguskah Hassan Ali?
Dengan "cungguh" ceria dia terus berkata "Hassan Ali sangat Bagus, dia contoh pemimpin yang berani" sambil kembang kempis hidungnya" perhatikan.
Dalam hati mahu tergelak, dia yang dulu "tukanglawan" kenal sebagai pro Umnobaru, a kini menjadikan Parasit si hassan ali sebagai rujukan. apa pun boleh asalkan umno tak kalah.
Busuknya Hassan Ali rupanya bukan setakat busuk hati sahaja, berkali-kali dipujuk oleh Umnobaru,a untuk wujukan kerajaan perpaduan antara umnobaru, a dan PAS akhirnya membuatkan si bongkak itu mahu jadi menteri besar.
Nasib baik ketika itu Khalid Samad bertegas tidak mahu ia terjadi, mana mungkin menurutnya PAS mahu mengkhianati Pakatan Rakyat, lain la Hassan Ali yang sudah mabuk dihasut itu.
Itu busuknya, rupanya juga Hassan Ali ini pengamal Wa-setaniah, tak sama dengan al-wasatiah, Al-Wasetaniah hanya diamalkan oleh kebanyakan pemimpin Umnobaru,a.
ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa yang juga Ahli parlimen Gombak,Azmin Ali pada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini, mendedahkan Hassan Ali, menunjukkan sifat-sifat Al-wasetaniahnya dengan membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya.
"Hassan Ali juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat" kata Azmin Ali.
Nah, sekarang Parasit itu sudah mendiamkan diri, Hassan Ali sudah kuruang meroyan merata negara, kerana tahu sudah tidak laku, sebagai seekor katak, Hassan Ali lebih baik bergaul dengan katak yang sama bodoh dengannya.
Al-kataki Hassan Ali Al-wasetani, bermimpi nak jadi MB, tapi rupanya hancurkan diri sendiri. Tiada Kerajaan perpaduan Antar PAS dan Umnobaru, a. Harap Maklum. Umno harus dibiarkan tenggelam dan terus menjadi bangkai.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.