Umno penyemai permusuhan kaum?

| comments

Tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan ucapan salah sempena Hari Thaipusam membuktikan pentadbiran Umno- Barisan Nasional gagal menerapkan kefahaman antara kaum dan agama, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Beliau mengulas kenyataan JKM mengaitkan perayaan Thaipusam dengan penganut agama Budhha, menerusi ucapan dalam laman rasmi Facebook jabatan itu.

Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, mustahil JKM tidak tahu bahawa Thaipusam diraikan penganut Hindu manakala Wesak pula disambut oleh pengikut Budhha.

Budak kecil pun tahu sambutan Thaipusam diraikan penganut agama Hindu dan bukannya Buddha,” katanya .

Beliau turut mengulas perbuatan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang memberikan sampul angpau putih kepada kaum Cina sempena Tahun Baru Cina, yang melambangkan kematian.

Perbuatan itu mencetuskan kontroversi apabila pelbagai pihak termasuk MCA mendakwa Perkasa sengaja berbuat demikian dengan tujuan menghina kaum Cina.

Maka bacaan awal yang dapat kita lihat ialah pentadbiran Umno BN yang memerintah negara puluhan tahun terbukti gagal memahamkan rakyat mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia, Lebih malang lagi, mereka yang sudah bergelar wakil rakyat juga gagal memahami sejarah dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini,” kata Jonah.

Menurutnya lagi, ia juga membuktikan sambutan perayaan pelbagai kaum yang dianjurkan Umno-BN, hanya sekadar untuk meraih sokongan kaum demi  kepentingan politik.

Buktinya, dalam keadaaan Najib promosi 1 Malaysia, ketika perhimpunan tahunan Umno, kaum Cina dan India sering jadi mangsa oleh perwakilan Umno untuk mencari populariti,” kata beliau.

Betullah tu, "tukanglawan" pun fikir macam itu jugak, parti kompenan Barisan Nasional sendiri berasakan perkauman, dan jika kita sibuk lihat umnoapco lah yang terlalu mempertahankan "kemelayuan"nya itu.

Kita kena ingat, tanpa bangsa lain, sesuatu bangsa itu tidak akan maju, kita memerlukan satu sama lain, Orang cina bangunkan ekonomi, Bangsa India pula hailkan pendapatan negara melalui ladang-ladang getah, dan melayu sendiri banyak bekerja dalam pentadbiran, jadi kita memerlukan satu sama lain, tapi dalam masa yang sama ada pulak yang semaikan semangat benci pada kaum lain, timbukan permusuhan Agama.

Tak percaya lihatlah dekat-dekat nak pilihanraya nanti, dari lepas merdeka sampai umnoapco berkuasa takkan berubah, kecuali kita hancurkan Barisan nasional, pasti malaysia akan jadi lebih baik.

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit