Perak Jadi Kubu Pakatan Selepas PRU 13?

| comments


Dalam keadaan yang agak sibuk kebelakangan ini apatah lagi masih dalam proses memperbaiki paparan baru blog, "tukaglawan" agak kurang dapat berkonsi artikel-artikel menari, kebanyakkan masa yang ada dihabiskan dengan memperbaiki paparan blog ini yang masih banyak perlu diperbaiki.

Dan "tukanglawan" mengharapkan sokongan dan kunjungan dari anda selalu, memang "tukanglawan" akui trafik akan berkurangan sedikit bila paparan bertukar, semuanya serba tak berapa kena. lain yang dicari, lain yang dapat.

Bercerita pasal tukar, masih ingat lagikah kemelut di negeri perak, bila dua atau tiga ekor katak melompat dan menyebabkan keadaan politik negeri itu kucar kacir, lantas terjadinya beberapa kali tukar kerajaan, kejap pakatan, kejap BN, lepas bawa ke mahkamah pakatan punya, lepas rayu BN punya balik.

Jadi selepas beberapa ketika ini, apa yang boleh kita jangkakan dari pilihanraya akan datang?, khasnya di negeri Perak? pendapat peribadi "tukanglawan" sendiri, BN takkan memerintah lagi negeri tersebut.

Sedarkah kita kemelut yang melanda negeri itu sedikit sebanyak membuka mata ramai orang, sehinggakan ada ketua Cawangan Umno di negeri perak sendiri yang benarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah bagi menjatuhkan Umno.
Jangan tak percaya pulak, ini bukan mustahil, selepas berbagai kemelut yang melanda, ditambah skandal-skandal melibatkan Umno dan Barisan nasional, memang tak mustahil la Ketua cawangan sendiri beralih arah.

Kebanyakkan ketua cawangan Umno di kampung-kampung ni bukanlah sama seperti pemimpin tertinggi mereka, cuma yang dibandarx2 atau dekat pekan saja yang jenis pandai buat harta.

Yang dikampung-kampung nei sebenarnya ditipu, masih dengan retorik Umno pembela melayunya, masih dimomokkan dengan kononnya Umnoapco ini sajalah yang mampu tadbir negara, yang buat rakyat hidup selesa.yang beri makan, yang buat kita hidup seperti hari ini,

Anutan dan kepercayaan yang ditanam jauh dalam ruangan otak itu sungguh bahaya, silap-silap boleh terpesong akidah.

Padahal masih terlalu ramai "kais pagi simpan kalau boleh untuk esok,"maksudnya rakyat ini semakin tertekan, kos hidup makin tinggi, keselesaan hidup dan makin rendah grednya, semua gara-gara polisi BN tu sendiri "Barang naik".

Bila jadi keadaan begitu, rakyat akan mula berfikir dan menilai, tambahan pula Selangor, Penang dan Kedah ditadbir oleh Pakatan Rakyat, jadi mereka lebih senang menilai situasi di keliling mereka, dan mungkin sebab itu lah, "orang umno" sendiri sabotaj Umno.

Mungkin ayat sabotaj yang "tukanglawan" tak berapa kena kot , mungkin perkataan lebih tepat ialah orang Umno sendiri yang nak "tukar" terutama di perak, itu dapat kita lihat dengan jumlah kehadiran ramai pendengar dalam ceramah-ceramah anjuran pakatan rakyat.

Nampaknya Perak lepas ini akan jadi kubu kuat Pakatan rakyat, Umno takkan lagi tadbir Perak, kerana peristiwa rampasan kuasa di perak sudah memperlihatkan betapa Umnoapco sangat mahu berkuasa sehingga rakyat menjadi mangsa.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit