Khabar angin bahawa Sharizat yang terpalit dengan isu penyalahgunaa wang dana NFC oleh keluarganya akan disingkirkan dari kabinet oleh perdana menteri siang ini sedang hangat bermain.
Printscreen Twitter berkenaan nasib yang bakal diterima oleh Shahrizat disebarkan dilaman-laman facebook, malah tidak lama selepas itu ada dikalangan orang-orang umno sendiri bercerita perkara yang sama. ini menguatkan lagi khabar angin ini.
Shahrizat yang sebelum ini bercuti dari menjadi menteri (Khabarnya disuruh cuti) telah menggunakan kesempatan itu untuk "bertenang",
Tertekan dengan pembongkaran isu NFC Sharizat telah ke tanah suci untuk mengerjakan "umrah" dan kemudiannya kembali ke tanah air dengan cuba mempamerkan imej diri yang lebih "suci" namun kemarahan rakyat tidak mampu dipadamkan, mana mungkin skandal melibatkan wang rakyat yang digunakan secara "suka hati" oleh ahli keluarganya mampu ditutup dengan hanya menukar penampilan.
Tertekan dengan pembongkaran isu NFC Sharizat telah ke tanah suci untuk mengerjakan "umrah" dan kemudiannya kembali ke tanah air dengan cuba mempamerkan imej diri yang lebih "suci" namun kemarahan rakyat tidak mampu dipadamkan, mana mungkin skandal melibatkan wang rakyat yang digunakan secara "suka hati" oleh ahli keluarganya mampu ditutup dengan hanya menukar penampilan.
Kedudukan Shahrizat dalam kebinet memang dilihat agak genting, kebiasaanya bila seseorang menteri itu bercuti dari jawatan kerana terpalit isu penyelewengan, hayatnya sebagai seorang menteri memang tidak akan lama, kemungkinan dalam tempoh bercuti itu, fail-fail penting telah dikemas, dan pejabat telah sedia dikosongkan.
Namun dalam keadaan genting itu, masih ada menteri yang simpati kepada rakan senasibnya, lantas mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak masuk akal sama sekali.
Kenyataan Nazri Aziz bahawa menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu masih boleh memegang jawatan menteri asalkan wang yang digunakan untuk tujuan peribadi dari dana NFC itu dikembalikan(baca sini) dipertikaikan ramai (baca sini).
Jika esok Shahrizat diminta mengosongkan jawatan menteri tersebut, apakah akan berakhir skandal melibatkan NFC, bagi "tukanglawan" menggugurkan sharizat dari jawatan sahaja tidak mencukupi, kerana dalam kes ini, kepentingan rakyat telah diketepikan.
Dana NFC yang sebenarnya bertujuan menambah bekalan daging mentah di pasaran tempatan telah diberikan kepada pihak tak sepatutnya, malah lebih malang ia telah disalahgunakan, kementerian dan individu terbabit juga harus dipersalahkan dalam hal ini, bukan setakat Shahrizat dan keluarganya sahaja.
Melucutkan jawatan Shahrizat sebagai menteri tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat, ia juga tidak akan menutup terus kes ini, dan ia juga bukan jalan menyelamatkan nyawa rejim Umnoapco. malah ia salah satu episod hitam yang membawa kepada kejatuhan rejim itu.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.