Jambatan baru buat dah runtuh

| comments

Baru dapat pakai sebulan aje dah runtuh, semua gara-gara struktur binaan tak kukuh, runtuhan jambatan baru bina itu menyebabkan bunyi kuat seperti letupan dan menggemparkan penduduk berhampiran.

Itulah yang terjadi lebih kurang jam 10.30 malam tadi, jambatan berukuran sembilan meter panjang untuk kegunaan lebih 300 penduduk di Taman Gopeng Baru dekat Gopeng .

Adun Teja, Chang Lih Kang berkata, penduduk memberitahu jambatan itu tiba-tiba runtuh selepas sebuah kereta berjaya melepasi laluan, jambatan yang runtuh itu hampir meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang juga melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya Chang Lih Kang lagi, "kawasan gelap serta tiada tanda keselamatan itu boleh membahayakan pengguna jalan sekali gus mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak, runtuhan itu menghasilkan lubang besar dan agak dalam. Lebih pelik, bagaimana sebuah jambatan baru dibina boleh runtuh selepas sebulan digunakan,” katanya

Adun Teja yang mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 itu juga mengharapkan siasatan segera dilakukan supaya  pembinaan semula jambatan berkenaan dapat disegerakan bagi kemudahan penduduk disitu.

Hurm, macam mana boleh runtuh nei, ada yang tak kena ke hingga jambatan itu dikatakan tidak kukuh binaannya, tiba-tiba teringat "tukanglawan" pada projek jambatan gabus di melaka yg pecah sana sini itu.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit