Benarkah game aku jimat akan atasi Angry Bird

| comments

Nampaknya peminat-peminat permainan mobile dinegara ini sangat beruntung sekali, jika sebelum ini kita sangat turuja dengan permainan angry bird, namun kita harus juga berasa sangat bertuah kerana dikatakan permainan "aku jimat" yang dilancarkan oleh Antarctic Group menggunakan watak utama yang sangat mirip isteri perdana menteri malaysia.

Dengan wujudnya permainan ini, "tukanglawan" rasa kita sebagai rakyat malaysia harus merasa sangat bangga, setahu "tukanglawan" belum ada pemimpin yang dipilih untuk dijadikan watak dalam permainan video, dan bukan senang untuk sesorang itu dipilih menjadi watak utama dalam permainan video.


Motif utama permainan dalam bentuk HD (difinasi tinggi) itu dilancarkan adalah untuk mendidik anak-anak supaya belajar menabung dari kecil, berbanding dengan game tembak babi pakai burung marah sebelum ini,yang lebih kepada hanya untuk hiburan.

Buat anda yang mahu mendidik anak-anak belajar menabung, disarankan anda mendownload permainan hebat ini, permainan ini boleh didownload (di sini) tetapi buat masa ini permainan yang menggunakan watak isteri perdana menteri itu hanya boleh dimainkan menggunakan iphone dan ipad sahaja.

Diyakini juga permainan tersebut akan menenggelamkan populariti permainan Angry bird, itu tidaklah mengejutkan kerana ilham watak yang digunakan juga dikatakan mengatasi populariti perdana menteri sendiri.

Jadi cepat-cepatlah dapatkan permainan ini, semoga ia memberi manafaat. hahahahaha.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit