Bekas pemain bola sepak Selangor meninggal dunia

| comments

Allahyarham Razali (biru tengah) memegang Piala Sumbangsih

Bekas pemain skuad bola sepak Selangor Razali Alias, meninggal dunia hari ini di Hospital Selayang akibat hati gagal berfungsi, pada usia 51 tahun

Pada 2008 Arwahyarham  dikesan menghidap hepatitis B , namun setelah mendapatkan rawatan, allahyarham kembali sihat namun sejak Oktober lalu penyakit itu kembali menyerang beliau.

Anaknya Mohd Raqib, 26, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.25 petang setelah seminggu lebih dimasukkan ke hospital.."Doktor mengesahkan hati ayah tidak berfungsi dengan baik dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru," katanya lagi

Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali pernah membantu pasukannya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986. beliau disifatkan sebagai pemain tengah yang sangat hebat.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke rumahnya di 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam, Shah Alam.


Al-Fatihah buat Razali Alias
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit