Rupanya takut benar kerajaan sekarang ini, takut semakin ramai anak muda terutama golongan terpelajar bangkit dan menyuarakan hak mereka. kalau beginilah, nampaknya universiti-universiti tempatan selepas ini akan gagal melahirkan golongan pemimpin hebat masa depan.
Manakan tidak, baru nak jadi pemimpin, kerajaan umnoapco hantar polis tangkap mereka.
Itu bukan kisah dongeng, 15 orang pelajar tersebut ditangkap polis ketika mereka mengadakan perhimpunan flashmob menuntut kebebasan akademik di KL Sentral semalam.
Mereka ini antara kira-kira 40 orang pejuang muda bergelar pelajar yang hadir berkumpul kira-kira jam 4 petang tadi yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.
Bantahan senyap itu diadakan mereka bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.
Tidak kah kita sedar, tindakan kerajaan zalim umnoapco mengenakan AUKU sebenarnya adalah tindakan bersembunyi dari bayang-bayang mereka sendiri, kerana kerajaan umnoapco sedar, kebangkitan suara rakyat mampu mengubah tampuk kepimpinan pentadbiran negara.
Kebangkitan anak-anak muda ini wajar sekali dipuji, mereka sudah tidak lagi takut kepada penguasa zalim yang memperkudakan pihak berkuasa polis, walaupun sedar akan risikinya, mereka berani sekali bersuara menuntut hak mereka dan rakan-rakan mereka yang lain.
Mereka kelak adalah bakal pemimpin-pemimpin hebat yang akan sentiasa ada melindungi masyarakat. kita jangan biarkan penguasa kejam dan zalim terus menutup mulut dan mengunci tangan mahasiswa.
Mahasiswa lain bagaimana?. adakah anda masih berpeluk tubuh?

Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.