Rakyat diperbodohkan macam lembu, Shahrizat hanya gelak

| comments


Projek syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan suami dan anak-anak Shahrizat Jalil, di adakan dibawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Namun apa sudah jadi?, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di pusat seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.



Jumlah penggunaan daging lembu sepatutnya ialah 162,357 tan manakala jumlah lembu yang perlu di sembelih pula ialah sebanyak 1,500 ekor sehari untuk dibekalkan di pasaraya tempatan.


Penyelidikan yang dilakukan oleh  KEADILAN juga mendapati operasi lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak Shahrizat itu masih belum dilaksanakan walaupun  mendapat peruntukan besar.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Shahrizat dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku bekas menteri yang bertanggungjawab menganugerahkan projek tersebut, tampil menjelaskan perkara itu.


“Masalah ini timbul apabila anak-anak dan suami menteri berkenaan menandatangani ‘soft loan’ daripada kerajaan yang diberikan buta-buta kepada Shahrizat.  Sampai bila pun (projek ini) tidak dapat pulangan kerana pelihara lembu hanya 1,000 ekor,”. katanya.

Mungkin bagi sesetangah orang isu ini tidak penting, tapi fikirkan ini, tanah seluas 5,000 ekar diberikan kepada keluarga menteri tersebut,  dan bantuan kewangan untuk memulakan projek ini juga diberikan, tapi ia jelas projek yang gagal. duit sudah kaut, tapi projek bungkus, menteri senang, rakyat kene kelentong lagi.

lebih baik tanah itu diberikan kepada rakyat, dan bantuan untuk penternakan itu juga diberikan kepada rakyat, tidak lah menteri umno itu sahaja yang kaya, malah rakyat juga sama merasa. betul lah slogan najib, rakyat dikelentongkan, kroni diutamakan. 

PRU13 semakin hampir, ini masa terbaik untuk menjatuhkan kerajaan angkuh umnoapco, kita tumbangkan mereka, kita herat salah laku mereka ke mahkamah dan kita lantik satu kerajaan perihatin yang sudah pasti memulangkan kekayaan negara akan kepada rakyat.




 @TUKANGLAWAN  terbayang lembu 1 malaysia.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk 
menangkan  BN
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit