Marina Mahathir, seperti mana yang kita ketahui adalah salah seorang dari puluhan ribu yang menyertai himpunan BERSIH sabtu lalu,
Mungkin apa yang dilakukanya satu penentangan hebat terhadap ayahnya sendiri, namun sikap dan pendirian anak bekas perdana menteri ini harus dipuji , kita semua tahu beliau boleh berdiam diri dan terus hidup selesa dengan apa yang telah beliau miliki, tapi kebersediaan untuk bersama rakyat kebanyakkan memberi satu pengalaman hebat yang tidak ternilai baginya dan sokongan moral kepada kita semua
Menulis dalam blognya, Marina berarak dari berjaya times squre menuju petaling street dan mengakui berasa begitu selamat ditengah kelompok orang ramai dan mengganggap 7 julai lalu sebagai hari yang tenang dan aman,
Menurutnya lagi, ada yang mengenalinya dan bertegur sapa, malah ada yang juga mahu mngambil gambar denganya.baginya tiada beza dengan hari-hari sabtu yang lain….
Didalam blognya Marina juga menceritakan pengalaman rakannya yang berdepan dengan “keganasan” polis setelah dikepung berhampiran jalan pudu dan ditembak denga gas pemedih mata.
Jika seorang anak pemimpin yang telah hidup penuh selesa dan punya pilihan untuk tidak mencampuri perjuangan rakyat biasa sanggup turun kejalanan bersama-sama yang lain menuntut hak rakyat, kenapa masih ada mereka yang bersikap “tidak mahu campur kerana ia bukan isu mereka”?
Jika anda hanya tahu mengkritik tapi tidak memahami apa yang ingin diperjuangkan, betapa malangnya anda, kerana anda sebenarnya tidak bersikap cintakan negara, anda mungkin hanya pentingkan diri anda tanpa mahu memikirkan orang lain dan generasi akan datang.
berubah lah sekarang selamatkan malaysia untuk generasi akan datang
@TUKANGLAWAN Rasa Kagum dengan apa yang telah Marina Mahathir lakukan
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.