Bersih2.0 - Video polis palsu kew?

| comments


Adakah polis sudah tidak malu lagi kepada rakyat, khususnya kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sehingga sanggup menipu dan membelakangi keluarga wira BERSIH itu.

Pihak keluarga Allahyarham semalam menafikan lelaki didalam rakaman CCTV yang ditayangkan oleh polis di saluran media perdana sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad,  
“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau. Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin. 
Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam. 
Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat. Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk. 
Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya” - tegas anak saudara Allahyarham Bahruddin, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu

Adakah yang cuba dilakukan oleh pihak polis sebenarnya?, tayangan video polis itu juga sebelum ini memperlihatkan kelemahan pihak polis bila menyatakan  Mat Sabu  tidak dilanggar  pajero polis, padahal Timbalan PAS itu sebelum itu menegaskan beliau dilanggar kereta waja bukan pajero polis.

Dan kini Keluarga Allahyarham Baharuddin tampil menyangkal video tersebut. Jika polis boleh melakukan kelemahan serupa ini untuk dijadikan bukti, adakah kita masih lagi boleh percaya kepada hasil siasatan polis?
@TUKANGLAWAN Pelik dengan jabatan polis sekarang .


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit