Bersih 2.0 - Panduan Undang-Undang untuk Berhimpun (PENTING dan SEBAR)

| comments

Tidak Samapi 24 jam lagi, rakyat malaysia yang cintakan demokrasi sudah bersedia menjalankan tanggungjawab mereka. Suka atau tidak. najib dan menteri keris harus terima kenyataan ini, Kuala Lumpur akan berwarna kuning.

sebagai panduan sila cetak atau sebar kan topik ini kepada rakan-rakan lain...

PANDUAN UNDANG-UNDANG: HAK UNTUK BERHIMPUN




1.  Apabila anda diberhentikan polis 

Perkara yang harus anda ambil perhatian bila ditahan oleh polis


1.1 Tidak berpakaian seragam - sila minta polis tersebut menunjukkan kad kuasa kepada anda

1.2 Warna kad kuasa polis

Biru      - Berpangkat Inspektor dan keatas
Kuning - Berpangkat lebih rendah dari Inspektor
Putih    - Polis Simpanan
Merah  - Digantung tugas, tiada kuasa dan abaikan

1.3 Berpakaian seragam - Sila ambil perhatian pada nama dan nombor id pada pakaiannya

1.4 Kenderaan peronda - sila ambil nombor pendaftaran kenderaan tersebut.




2. Polis Menyoalsiasat anda semasa dihentikan

2.1 Pengenalan diri - hanya berikan nombor kad pengenalan dan alamat anda, jangan biar kad pengenalan anda dipegang atau diambil

2.2 jika polis menyoal anda soalan lain- sila tanya adakah anda ditahan?
2.3 anda ditangkap atau ditahan jika polis -
-mengiyakan soalan anda diatas tadi
-membawa anda ke balai
- menggari anda

jika polis tidak melakukan antara 3 perkara diatas anda tidak ditahan dan anda boleh berlalu/ menolak untuk mengikutnya jika diminta.






3.Polis Menangkap anda

3.1 Tanya mengapa anda ditangkap?
tangkapan anda tidak sah jika anda tidak diberi alasan penangkapan

3.2 Ambil butiran polis yg tangkap anda
Ambil no pengenalan polis, nama dapatkan nama jika polis itu berpakaian biasa

3.3 Jangan melawan jika ditangkap
Polis punya hak melakukan kekasaran minima untuk menangkap, jangan melawan , polis tiada hak memukul dan bertindak ganas terhadap anda

3.4 Polis tidak boleh merampas barangan peribadi anda,
barangan peribadi seperti talifon, dompet dan sebagainya hanya boleh diambil jika anda duhantar lokap dimana barangan itu perlu direkodkan terlebihg dulu dalam senarai barang rampasan.

3.5 Tanya kemana anda mahu dihantar
Pegawai yg lakukan tangkapan mesti menyatakan kemana anda akan dibawa, dan mesti membawa anda ke balai berdekatan secepat mungkin

3.6 Apa yg perlu dilakukan bila ditangkap?
anda ada hak untuk
- hubungi keluarga /sahabat atau peguam
- maklumkan bahawa anda telah ditahan ,masa anda ditahan, tempat dan alasan ditangkap
- balai polis mana anda dibawa

3.7 Apa yg berlaku bila anda ditangkap?
anda boleh ditahan sehingga 24jam di balai polis atau lokap untuk membantu siasatan



4.Hak anda selepas selepas ditangkap dan semasa ditahan

4.1  Hak untuk beruding dgn peguam.
Sebaik anda meminta peguam anda punyai hak berundinng dengan peguam berkenaan di balai polis, pihak polis mesti beri kemudahan  yg munasabah dan masa yg munasabah untukk berjumpa dan berbincang dgn peguam berkenaan. polis bagaimana pun boleh nafikan hak itu ( sila rujuk ARTIKEL 5(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN SEKSYEN 28A KANUN ACARA JENAYAH )


4.2 Pakaian -
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa didalam lokap

4.3 Barangan peribadi
 pihakl polis mesti merokodkansemua barangan peribadi anda dan meletakkan dlm simpanan selamat, semua barangan itu harus dikembalikan bila anda dibebaskan.

4.4 Kebajikan
Dibenarkan mandi 2 kali sehari, jika jatuh sakit anda berhak mendapat rawatan perubatan serta merta, anda sepatutnya diberi makanan dan minuman yang wajar dan cukup


4.5 Berapa lama polis boleh tahan anda?
24 jam sahaja untuk lakukan siasatan, tugas polis selesaikan siasatan dan lepaskan anda segera. polis harus membawa anda berjumpa majistret untuk menyambung tempoh penahanan anda jika kes tidak dapat diselesaikan dalam tempun 24 jam.






~Akan Bersambung secepat mungkin ~


No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

SUARAM ONLINE -
1. 013-2102002 
2. 03-77843525
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit