Bersih 2.0 - Panduan Hak anda (versi ringkas)
| comments
1) Jangan panik. Tenang dan fahami hak anda sebagaimana jaminan Perlembagaan.
2) Jika polis yang menangkap tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasa.
3)Jika kad kuasa berwarna merah bermakna anggota itu digantung tugas dan tiada kuasa terhadap anda. Abaikan anggota itu.
4) Jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal anggota polis dicatat kerana ia penting jika didakwa di makhamah.
5) Tangkapan tidak sah jika polis tidak memberitahu alasan tangkapan.
6) Semasa tangkapan, polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi termasuk dompet dan telefon bimbit kecuali apabila dibawa ke lokap.
7) Barangan itu perlu direkod dalam Borang Senarai Rampasan. Pastikan ia dipulangkan sebaik sahaja dibebaskan.
8) Semasa ditangkap, pastikan anda dibawa ke balai polis yang sama seperti yang disebutkan oleh anggota polis. Elak dan bantah daripada dibawa ke balai polis yang lain.
9) Semasa ditangkap, anda berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan atau peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan tangkapan dan lokasi balai polis yang dibawa.
10) Tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.
11) Jika mahu meneruskan tempoh itu, polis mesti membawa anda ke ahdapan majisteret. Pastikan anda tahu nama dan pangkat anggota yang menyoal siasat anda.
12) Semasa soal siasat, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanya pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat. Hanya nama, alamat, pekerjaan dan umur sahaja yang boleh diberikan ketika soal siasat.
13) Anda perlu fokus kepada soalan dan elak berbual kosong kerana itu adalah taktik untuk melekakan anda.
14) Jika tidak tahu jawapan yang perlu diberi semasa soal jawab, gunakan hak anda untuk berdiam diri dengan berkata: "Saya menggunakan hak berdiam diri di bawah Seksyen 112 (2) atau " Saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di makhamah".
15) Ini penting bagi mengelakkan anda terperangkap dengan soalan yang mengelirukan kerana setiap kenyataan menjadi bukti di makhamah.
16) Jika diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis.
17) Jika dihadapkan ke makhamah, anda disaran mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
18) Anda berhak dilepaskan dengan ikat jamin makhamah mengikut Seksyen 29 Kanun Acara Jenayah dan boleh memohon mengurangkan iakt jamin dengan mengemukakan bilangan tanggungan anda.
Sumber:
Lawyer For Liberty
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.