Bersih 2.0 - Adakah esok akan hujan?

| comments


Andai kata ditakdirkan hujan esok hari , apakah yang akan terjadi?

Jika petang esok hujan akan turun pasti sudah najib akan menggigil bukan kerana kesejukan, tetapi pasti sudah kerana ketakutan yang amat sangat..

Pagi ini tiada angin bertiup, segala-galanya seakan terhenti, jalan raya lenggang sekali, tiada kesibukan di sekitar kuala Lumpur seperti hari-hari biasa.(Sila baca ini) dan langit sudah terhenti dipenuhi awan yang sedia menghambur hujan esok hari.

Percayalah jika hujan esok hari, semua rencana jahat "tangan Ghaib " tidak menjadi, polis akan lari dan tiada lagi sekatan jalan, dan aliran BERSIH akan senan hati melintasi tembok terakhir si kuku besi.

Bila esok hari hujan terjadi, senjata paling digeruni berhenti berfungsi, tiada lagi kesan air gatal dan berasid menjamah menggatalkan kulit, tiada lagi kesan asap pemedih mata, dan saat itu tembok merah si "kuku besi " juga terhenti, dan pasti mereka akan sebenarnya senang hati, rakyat tidak perlu mereka zalimi.

Dan andai esok hari hujan pasti mengiringi, jangan terkejut jika "si kuku besi" cabut lari.

"wahai rakyat yang mengasihi demokrasi, mari kita doakan hujan akan turun mengiringi"



@TUKANGLAWAN berharap dan berdoa , Semoga Allah takdirkan Hujan Akan mengirigi perjuangan tegakkan demokrasi


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, mereka kini dijalan mati"



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit