Bersih 2.0 - Menteri keris oh gris... siapa kau?

| comments


Sekali lagi Tukanglawan nak ingatkan Hishamuddin keris, jangan cabar rakyat, siapa dia yang mahu menghalang himpunan BERSIH yang telah diperkenankan oleh Ketua negara kita iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang dilakukan oleh menteri keris ini sebenarnya bercanggah dengan tanggunjawabnya sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri, kenapa perlu dia menteri menjadikan masalah ini semakin rumit, tak pandai buat kerja, tapi hanya pandai main kata-kata...

Bukankah lebih mudah jika himpunan itu dibenarkan, ianya sudah acap kali dijamin sebagai Himpunan aman, jadi biarkan saja kami berhimpun dengan aman, tidak perlulah menggunakan kuasa yang "diamanahkan rakyat" kepada dia untuk menunjuk-nunjuk kuasa..

"Dia lupa rakyat yang pilih dia, bukan dia yang pilih rakyat"

Percayalah.. jika rakyat diberi peluang undi tidak percaya kepada dia.. nescaya esok juga dia hanya akan bergelar "bekas menteri" , Tari silat menteri keris ini makin teruk, lakonan semakin tidak menjadi dan carca marba.

Kalau Menteri keris nei bodoh susah nak faham, tukanglawan bagi faham cikit.Himpunan BERSIH ini adalah himpunan rakyat yang mahu satu pilihanraya yang adil dan bersih dijalankanbukankah itu satu hak?...

Rupa-rupanya menteri keris ini menafikan hak rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil rupanya, al-maklum la.. jika pilihanraya ini bersih, sudah tentu lah Be_end sudah lama bekubur.. betul tak? jadi, demi kroni dan kekayaan, biarlah kotor, janji kroni dan adik beradik boleh kaya dan hidup senang, Rakyat?... mane pernah menteri nak peduli.


Adakah menteri keris ini mahu nafikan lagi bahawa daftar pengundi sangat jijik dan kotor? seperti (contoh ini) apa penjelasan menteri keris ini? Ohhh dia tak tahu....sebab dia tak pernah ambil tahu.....

Senang cakap, tak payah la menipu diri dan cari alasan untuk halang himpunan ini, nampak terlalu bodoh sekali bila berdolak dalih..apa lagi masalah nya... Ambiga sudah jumpa Agong, jika Agong tidak setuju, sudah pasti awal-awal lagi sudah dititahkan Himpunan ini harus dihentikan.

Siapa menteri keris nei nak melebihi apa yang Agong mahu?... semua orang tahu dia tak pandai buat kerja, dia tidak berfungsi dengan berkesan, dia menyusahkan rakyat dan polis...senang kata letak jawatan saja.. atau rakyat akan buang menteri ni jauh-jauh dan beri gelaran "bekas menteri"

@TUKANGLAWAN Sarankan dia nei letak jawatan saja lah, jangan menyusahkan polis dan rakyat lagi, kami bayar kau gaji. so kami bos kau keris...


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit