Kita rakyat malaysia berbilang bangsa, tanpa mengira kaum dan agama, tidak kenal tua atau muda bersatu menunjukkan suara kita pasti digeruni, kita pertaruhkan nyawa dan diri menjadi benteng melawan kezaliman, kita bersatu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih demi sebuah Demokrasi , dan kita tegar menghadapi tomahan.
najib masih gentar untuk pulang ke malaysia. lari dari kenyataan dan menyerahkan tanggungjawab memikul dosa ini pada orang lain.namun najib masih terus dikejar bayangan kuning kemana jua ia melangkah
Sahabat, usah kita gentar menuntut hak kita, kita bukanlah hamba pada mereka, ini negara kita, ini tanah tumpah kita, tempat kita lahir dan insyallah akan juga gugur disini.
Perjuangan kita bukan untuk harta, bukan juga untuk nama, tapi kerana kita cintakan malaysia,demi warisan anak cucu kita, sesuatu harus dilakukan, kerana kita berhak mendapat hidup yang lebih baik. bukan terus diperbodoh dan ditakutkan dengan momokan demi kekal berkuasa.
Apalah guna mendabik dada, kita laungkan kita gagah perkasa, tapi kita kecut dan tidak upaya menuntut hak kita, sedang tugas dan tanggungjawab kita akan dipersoalkan nanti.mengapa kita tidak bersatu bersama rakan lain menentang kebatilan yang semakin hebat sekali. nah.. ini lah masanya anda perlu bangkit dan buktikan anda berani.
kezaliman rejim umnoapco perlu dihentikan, penindasan terus ketara, dan nasib kita tidak pernah terbela. kroni menjamah segala kekayaan malaysia, sedangkan kita hanya mempu melihat saja. hentikan semua ini, bangkin lah wahai warga negara.
Rejim umnoapco terus menakut-nakutkan, mencanang isu agar rakyat tidak besatu dan berpecah , api perkauman jadi mainan, agar cina, india dan melayu tidak akan sehaluan, ohh rejim umnoapco, hebat sekali permainan, menanam kebencian api perkauman.
Seharusnya agama jadi nilai murni, menyatu masyarakat supaya lebih memahami, namun untuk terus berkuasa, ia jadi senjata utama hinanya rejim umnoapco, namun kita telah buktikan, walau kita berbeza agama, tapi misi kita sama, mencari malaysia yang lebih baik untuk semua.
Kemudian lagi senjata terakhir, rejim umnoapco mula mempersenda raja,dicanang cerita rakyat menderhaka, kerana turun kejalanan konon bawa senjata.namun kita tidak pernah lupa, siapa yang pernah menghina raya, siapa yang pernah jadi penderhaka, kita konon baik semuanya, konon mereka la paling setia. ahhh bohong lagi, bila sudah mabuk kuasa, apa saja mereka lakukan.walaupun sanggup menghina raja.
masih ingat lagi bagaimana seminggu lepas, rakyat bangkit mahu suarakan, namun najib mula bermain kasar dan polis jadi kuda tunggangan, jalan raya ditutup ketat, semua anggota diarah berkawat, konon rakyat mahu bangkit, membakar semua bangunan termasuk rumah sakit. ahh bohong lagi, memang dasar najib pembohong.
Mana malatov coktail, mana cermin bangunanan yang pecah, sebelum ini sibuk cerita dimedia massa..
Rakyat tak berdosa jadi mangsa, dipukul, ditangkap dan diterjah, peluru asap beracun mengambil nyawa, nyawa seorang warga malaysia yng sayangkan negara.
wahai polis renungkan ini, apa yang telah kamu lakukan, sesungguhnya ALLAH tempat berlindung, dan juga ALLAH segala-galanya, bukan seorang pemimpin berkuasa, tapi bacul dan rakus memperkosa negara, kenapa kamu terlalu setia? sedangkan kamu sedar kamu lakukan itu semua salah, adakah kami semua penjenayah, sedangkan kami cuma mahu tuntut 8 perkara...
Oh polis, renung sebentar pada kami, kami cuma anak kecil, tiada upaya menentang jentera merah berkuasa, kami cuma seorang warga tua, yang sudah tidak kuat upaya, dan kami cuma seorang wanita, lembut nada suara, kejam kah kami?... harta mana telah kami rompak, siapa yang telah kami ainya?.... oh polis kami tidak bersalah dan apa dosa kami kamu sanggup pukul hingga parah?
Kami tidak pernah bermusuhan dengan kamu, namun kenapa kamu serang kami dengan gas pemedi h mata, sembur kami dengan air kimia, pukul rakan kami hingga kaki patah, dan kamu juga tangkap sahabat media.tidak takutkah kamu dengan dosa, sedangkan kamu tahu apa yang kamu buat ini semua salah.
kamu polis tahu hak kami, kami sama seperti kamu warga malaysia, kami sanggup turun ke jalanan kerana kami bukan pengkhianat negara, kami bangkit dan bangun sebenarnya untuk kamu juga, hormati kami seperti kami hormati anda, dan jangan kami kamu musuhi hanya kerana arahan ketua, sedangkan yang tertinggi hanya ALLAH, dia berkuasa merubah apa jua.
Oh polis jangan pukul kami, apa salah kami disiksa, adakah hanya kami sangat sayang negara, tidak mahu rejim ganas terus memperkosa, menghancurkan negara demi harta buat mereka?..
Oh polis satu nyawa telah kau ambil, nyawa manusia tidak berdosa dan nyawa si pembela negara, andai esok lusa anak kamu bertanya, mengapa kamu lakukan ini semua.. adakah kamu punya jawapannya......
adakah kamu hanya mampu berkata
"ini hanya arahan ketua" tapi apa jawapan kamu kalau ditanya "adakah ini suruhan ALLAH?"
@TUKANGLAWAN Sayangkan malaysia, dan kita cari erti demokrasi.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.