Satu tuduhan melulu mengenai pembinaan gereja terbesar di asia telah dilontar oleh Razlan Rafii, seorang ketua pemuda UMNO bahagian Seputeh.
Kenyataan Razlan melalui laman sosial twitternya adalah seperti di bawah;
Razlan dalam twitternya berkata, tapak pembinaan gereja terbesar di Selangor yang juga terbesar di asia adalah dalam kawasan Kinrara, merujuk kepada kawasan di bawah tanggungjawab YB Teresa Kok.
Tuduhan Razlan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab melayu untuk dijadikan sebuah gereja terbesar di asia. Ini adalah satu tuduhan yang sangat serius! Sudahlah dituduhnya kerajaan PR ambil tanah rizab melayu, dituduhnya pula tanah tersebut untuk pembinaan sebuah gereja. Tajuknya yang boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia - Tanah hak milik kekal melayu dijadikan gereja oleh kerajaan PR ?
Adakah tuduhan ini berasas ? Atau main hentam sembrono sepertimana UMNO membaling batu sembunyi tangan?
Sebelum saya meneruskan dengan lebih terperinci, persoalan yang harus difikirkan ialah ketika mula digazetkan tanah rizab melayu selepas penjajahan british berapa jumlahnya? Sekarang berapa pula bakinya? Siapa memerintah selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti?
UMNO sebenarnya masih tidak percaya betapa rakyat telah mengetahui siapakah yang bertanggungjawab menjadikan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh jumlahnya selama jubli emas pemerintahan UMNO.
Justeru itu, ingin saya menjawab balas tuduhan seorang ketua pemuda bahagian yang sepatutnya saya tidak perlu melayan. Tetapi oleh kerana melihat tuduhan ini sebagai sesuatu yang sangat serius hingga membolehkan mereka yang tidak punya maklumat akan memandang busuk kepada Pakatan Rakyat, maka saya jawab dalam bentuk point;
1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur
Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut adalah dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;
Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur
Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta Kuala Lumpur bahagian selatan.
Peta 2 - Map dari laman web CCC sendiri
Dengan dua peta di atas, boleh buat perbandingan yang menunjukkan kedudukan gereja terbesar asia adalah terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek gereja terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta ini di dalam kawasan persekutuan ? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL? atau Menteri Wilayah ??
2. Tanah rizab melayu ?
Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rezab melayu, maka kemarahan rakyat terhadap BN sepatutnya akan lebih parah. Tetapi fakta tetap fakta, tidak disembunyikan dalam pendedahan ini.
Tanah tapak pembinaan gereja tersebut adalah di bawah zon antarabangsa. Untuk pengetahuan, salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia ini ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah pihak saya mendapat kepastian apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil ini samada asalnya adalah salah satu tanah rezab melayu yang hilang tak berganti. Ini kerja UMNO ?
3. Kelulusan pembinaan.
Tuduhan Razlan dalam akaun twitternya juga meleset apabila ia bermaksud projek pembinaan gereja terbesar asia ini adalah di bawah kelulusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sekarang mari kita lihat apakah benar bagai dikata;
Lihat kenyataan di bawah yang saya petik dari sumber di sini ;
The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an
appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.
Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans wereapproved, we also received
approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt.
Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Tidaklah mahu sata terperincikan siapakah yang meluluskan gereja terbesar asia ini. Fikir sendirilah parti manakah yang menang besar dalam PRU tahun 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di asia. Hidup melayu !!
Jika anda nak lihat progress pembinaan, sila ke laman di sini . Anda boleh lihat bagaimana progress sebuah gereja terbesar asia terbina di bumi malaya di atas kelulusan pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal panjangnya. Tarikh bermula pembinaan ialah 15 Febuari 2008 iaitu hampir sebulan sebelum rakyat Malaysia menunjukkan kebangkitan tsunami 8 Mac 2008 !
contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008
Mungkin satu upacara 'doa selamat', ia berlaku pada 15 Feb 2008
Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar asia sebelum menawan negeri selangor ? Mungkin kita leka dan terlupa bahawa sebenarnya telah dijelaskan dalam perkara 1 - kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil bukan di dalam negeri selangor!
Cukuplah setakat 3 perkara saya jawab fitnah yang ditaburkan oleh seorang ketua pemuda bahagian. Saya jawab dengan fakta yang lengkap kalau pun kurang sempurna demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi.
Tanpa sedar, tuduhan liar sebegini bukan sahaja memburukkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat dengan perkara yang tidak benar, tetapi juga ia mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung sebaiknya.
Seperkara lagi yang terakhir. Kalau benarlah gereja terbesar asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV123 akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga sampai detik pilihanraya. Tetapi pembinaan gereja terbesar asia ini sunyi dari diberitakan ke seantero malaya, apakah maknanya ? Adakah 'mereka' yang sebenarnya curi tanah rezab melayu untuk bikin gereja ??
TUKANGLAWAN Teringat Isu tanah masjid di pekan Rawang, semua orang bangkit mempertahankan, dan UMNO ambil kesempatan, menabur fitnah kononnya ini kerja Pakatan rakyat, umno sibuk menghentam, kononnya Pakatan rakyat tidak menjaga kepentingan melayu dan islam, tapi umno selalu lupa fakta. tanah itu digadai sendiri oleh orang umno sebelum pakatan memerintah selangor. kali ini kes sama juga.. memang orang umno lupa fakta....
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.