Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata, sekiranya tidak ada penjelasan diberikan dalam tempoh itu, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis ke seluruh negara.
Ia akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap Felda.
“Tindakan ini adalah satu pengkhianatan Dalam seminggu jika tidak ada respon, Kita akan gerakkan laporan polis di seluruh negara dan di tanah-tanah rancangan Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menjaga Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan sebagai menteri yang bertanggungjawab,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Mazlan berkata laporan polis juga akan dibuat terhadap Tan Sri Yusuf Noor kerana pinjaman itu dilakukan ketika Yusuf menjadi Pengerusi Felda.
“Kita akan buat laporan-laporan polis kepada individu-individu ini,” katanya.
Beliau mengulangi justifikasi Felda membuat pinjaman KWSP yang merupakan caruman kepada wang pekerja di Malaysia.
Mazlan berkata, pinjaman tersebut merupakan satu salahgunakuasa dan pengkhianatan bukan sahaja kepada peneroka Felda, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menjadi pencarum KWSP.
“Wang ini digunakan untuk tujuan apa, apakah boleh memberikan pulangan yang setimpal, apakah ia boleh memberi manfaat kepada peneroka Felda.
“Kenapa sembunyikan pinjaman ini meskipun saya difahamkan tujuan pinjaman ini adalah untuk membeli kilang gula dari (Tan Sri) Robert Kuok. Walau apa pun tujuannya, ia melibatkan jumlah yang besar,” ujarnya.Mazlan dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan kerajaan sebelum ini bahawa Felda memiliki status kewangan yang kukuh.
“Saya masih ingat ucapan perdana menteri pada Himpunan Warga Peneroka di Putrajaya yang mengatakan Felda tidak akan bankrap kerana Felda memiliki saham berjumlah RM4 bilion dan rizab yang besar.
“Kalau begitu keadaannya, apa perlunya pinjaman ini, yang dikatakan sebahagiannya untuk tujuan pelaburan dengan membeli kilang gula dari Robert Kuok. Ini menjadi tandatanya kepada peneroka dan kepada pencarum KWSP itu sendiri,” ujarnya.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.