Sumpah sudah jadi darah daging UmnoApco

| comments


Puak Umnoapco memang puak yang paling suka bersumpah, seolah-olah sumpah ni sudah jadi satu perkara yang biasa dan tidak asing lagi, sehingga kalau boleh mahu saja mereka jadikan sumpah itu sebagai rukun Umnoapco.

Senang sangat mereka bermain dengan sumpah, dah macam sesumpah je lagi.

Ini bukti jelas Umnopaco/Be-eNd gadai negara
Gambar disebelah nei pun gambar text sumpah jugak, tapi text sumpah untuk warga asing yang mahu jadi warga malaysia, persamaan yang ketara antara sayfool , trio datuk T dan Pati ialah mereka disediakan skrip angkat sumpah.

Adakah ini satu kebetulan?..

Oh Malaysia, jangan esok nanti dimakan sumpah sudahlah, kerana terlalu senang mempermainkan sumpah.


Sebelum ini sudah diceritakan beberapa keganjilan yang berlaku apabila secara "kebetulan " SPR beriya-iya mahu menggunakan sistem biometrik semasa PRU13 nanti, dalam masa yang sama program P6 juga menggunakan sistem yang sama dalam program "talian hayat umno" yang sangat pelik itu.


Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin siang tadi membuat pendedahan yang amat memeranjatkan, satu kumpulan yang menyamar sabagai "PATI" yang kononnya mahu mendaftar diri sebagai peserta program pemutihan P6 itu telah dapat menyeludup keluar skrip bersumpah yang dilampirkan bersama borang permohonan program tersebut.

"Wanita KEADILAN telah berjaya menyelinap masuk ke dalam sindiket program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu dari syarat proses pemutihan. Wanita KEADILAN sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai."


Skrip itu berbunyi

” Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Tindakan ini dengan jelas mensabitkan program pemutihan 6P dengan muslihat untuk menjual kedaulatan negara semata-mata untuk menjamin kelangsungan kuasa Umno/Barisan Nasional yang semakin ditolak rakyat. Seluruh rakyat Malaysia yang waras dan sayangkan negara tahu bahawa muslihat ini adalah satu bentuk pengkhianatan yang dijalankan oleh Umno/Barisan Nasional. jelasnya dalam satu email yang dikirim kepada "tukanglawan"

Peluang meniaga rakyat tempatan dirampas "warga Asing"
Muslihat Umno/Barisan Nasional ini kini tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat. Jika pimpinan Umno/Barisan Nasional masih ada saki baki maruah, mereka akan menghentikan pengkhianatan ini serta merta sebelum lebih banyak bukti dibentangkan kepada rakyat.

Ini membuktikan rejim umoapco memang pengkhianat sebenar negara. mereka kini sedang menggadaikan negara untuk kekal berkuasa. mereka sedang memberi kewarganegaraan kepada sesumpah.semata-mata mahu menyelamatkan mereka

Dan kini menjadi kewajipan semua warga malaysia yang sayangkan malaysia untuk jatuhkan Umnoapco pada PRU13 nanti. bukan seperti puak umnoapco yang merelakan perkara ini berlaku tetapi dalam masa yang sama menghina kaum lain yang sama-sama membangunkan malaysia tercinta ini.


@TUKANGLAWAN Tengok warga asing sudah monopoli perniagaan runcit malaysia, Rakyat kita?.




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit