Patutlah Umnoapco Takut sangat BERSIH

| comments


Memanglah rupanya rejim umnoapco sangat takut bila himpunan bersih tempoh hari dilakukan, kerana kini rakyat sudah semakin sedar dan semakin ramai saksi tampil membuat pengakuan salah laku SPR.

Semalam, bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.


Beliau mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.

Rupanya sekarang tahulah kita kenapa umnoapco sangat takut bila himpunan BERSIH diadakan, rupanya kerana rakyat akan bangkit dan pecah la semua tembelang umnoapco sebelum ini..

rupanya kemenangan Umnoapco dan Be-eND selama ini adalah kemenangan tanpa maruah, mereka menjadi pemerintah dengan cara yang tidak sah.

Namun mereka tidak pernah malu.

@TUKANGLAWAN Mintak kita ubah kerajaan pada PRU13?.




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit