Tragedi litar sepang. Marco Simoncelli dan pelumba negara.

| comments



Walaupun tidak seperti perlawanan bola sepak, perlumbaan motosikal sebenarnya mempunyai peminat tersendiri, sukan bermotor ini sebenarnya adalah sukan yang selamat bila peraturan dan kehendak keselamatan dipatuhi, namun ia akan bertukar tragedi sekelip mata walupun langkah itu telah diambil.

Itulah yang terjadi semalam, perlumbaan motosikal bertaraf dunia di litar sepang akhirnya menjadi tragedi yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Pelumba San Carlo Honda Gresini dari Itali, Marco Simoncelli, 24 tahun telah meninggal dunia dalam kemalangan dahsyat tersebut . kejadiaan itu telah memaksa perlumbaan itu dibatalkan oleh penganjur SIC dan Dorna Sports, iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia selepas kemalangan berlaku pada pusingan kedua perlumbaan

Tragedi berlaku dalam pusingan ke 2 perlumbaan tersebut, mangsa telah tidak dapat mengawal motosikalnya sebelum dirempuh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11, rempuhan pertama mengenai bahagian badan mangsa, manakala rempuhan ke dua mengenai tepat di kepala sehingga impak pelanggaran tersebut menyebabkan helmet mangsa tertanggal.







Sejurus pelanggaran dasyat berkenaan, mangsa berusia 24 tahun itu beliau telah tidak sedarkan diri. Petugas perubatan telah memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) di dalam ambulans semasa dibawa ke dibawa ke pusat perubatan di litar berkenaan , "beliau telah diinkubasi. Malangnya, kami tidak dapat membantunya. Pada pukul 4.56 petang, beliau meninggal dunia," kata Pengarah Perubatan MotoGP Dr Michele Macchiagodena pada sidang media di sini.disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di Pusat Perubatan SIC.

"Punca kematian disebabkan trauma di bahagian kepala, leher dan dada." katanya lagi.



Dalam saingan kelas Moto2 (ketegori 600cc) dua pelumba negara yang mendapat "wildcard" telah mempamerkan aksi cermerlang dengan mendapat kedudukan ke 20 dan ke 22 dalam perlumbaan ketegori tersebut.

Beraksi bagi kali ke 2, Mohd Zamri Baba berjaya memperbaiki kedudukannya tahun lalu di Litar Sepang setelah menamatkan saingan di tempat ke-20 pada perlumbaan sebanyak 17 pusingan tersebut,

Manakala bagi seorang lagi pelumba muda yang petama kali berlumba bagi kelas yang sama telah mendapat kedudukan ke 22 setelah bermula dari petak ke 34, satu pencapaiaan yang harus dibanggakan bagi pelumba muda ini.

"Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya sepatutnya dapat tangga ke-21 namun oleh sebab kesilapan sendiri, saya dipintas Ivan Moreno (Mapfre Aspar Team Moto2) di selekoh empat berbaki dua pusingan akhir," kata Hafizh Syahrin Abdullah pelumba berusia 17 tahun itu.

Sementara itu, peserta Malaysia bagi ketegori 125cc Mohd Zulfahmi Khairuddin yang menunggang bagi mewakili pasukan AirAsia-SIC-Ajo pada tahun ini terus memperbaiki kedudukan dengan mencatat pencapaiaan terbaik musim ini dengan menamatkan perlumbaan di petak ke 7  manakala  Mohd Farid Badrul Hisham penunggan "wild card" pula telah menamatkan perlumbaan di tangga ke 24.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit