Dengar cerita banyak industri kek lapis selalu guna mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang disahkan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi sebagai bahan utama pembuatan kek lapis mereka, dan pengisytiharan Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lepas berkenaan "haramnya" mentega jenis ini telah menyebabkan industri makanan ini terjejas teruk.
Hari ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula buat pengesahan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Othman Mustapha ketua pengarah JAKIM, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," Katanya lagi
Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Pengusaha industri makanan yang pernah menggunakan produk "babi" itu juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Mungkin ramai pengusaha kek lapis sudah lama menggunakan mentega ini, mungkin sedap sangat atau murah agaknya sehingga jadi bahan utama dalam resepi kek lapis ini,tak perlu la kita salahkan mereka, kerana pengusaha ini juga tertipu.mereka pun tak tahu ade "babi" dalam mentega tu...
Mungkin jika JAKIM dan kerajaan lebih serius dan ketat dalam pengawalan produk di pasaran, tidak la ramai yang termakan kek berperisa "babi " ini., bukankah puak umno dan menteri apco selalu laung, ini negara islam? tapi mengapa kawalan barangan seperti ini sangat lemah, mana penguatkuasaan?
Seingat "tukanglawan" mentega jenis ini dah terlalu lama berada di pasaran. dan pasti ramai antara kita sudah "termakan" makanan yang dicampur DNA babi.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
@TUKANGLAWAN Terfikir DNA mak babi kew atau "anak babi".
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.