Sebuah kajian bebas mendapati pelaksanaan kamera Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya tetapi hanya berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut
keuntungan.
Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengemukakan bukti kerajaan
United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia
mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui
pelaksanaan AES.
KPRU dalam kajiannya berkata, perkara ini kemudiannya mendapat
tentangan hebat kerana kerajaan berkenaan melaksanakan AES secara
senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat dan pengguna jalan raya
khususnya pada peringkat perancangan sehingga berjaya memaksa program
itu ditutup.
“Pada tahun 2006 sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera
trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan
syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan
keselamatan di jalan raya.
“Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka
untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman yang
bernilai berjuta-juta dolar akan disalurkan secara rahsia kepada
kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki
keselamatan jalan raya,” katanya.
KPRU turut mendapati penentangan terhadap syarikat pembekal kamera
trafik mencapai tahap kritikal di mana terdapatnya laman sesawang yang
menyenaraikan kegagalan syarikat-syarikat tersebut dalam memperbaiki
keselamatan jalan raya.
“Pada tahun 2011, syarikat berkaitan telah kehilangan sebanyak
USD$2.4 juta dalam kontrak berikutan permintaan ke atas kamera trafik
yang kian menurun dan penentangan terhadap kamera-kamera trafik yang
kian meningkat.
“Pada tahun 2012, nilai saham syarikat berkaitan di Amerika Syarikat
pula menjunam daripada USD$2.10 kepada USD$1.76 (16 peratus) selepas
syarikat berkaitan terlibat dengan amalan rasuah dengan pegawai majlis
perbandaran untuk mendapatkan kontrak pemasangan kamera trafik.
Berbeza di Belanda dan Sweden pula, program AES dikatakan berjaya
berbanding negara lain kerana kerajaan terbabit berusaha untuk
menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif, lantas
menjadikan usaha memperbaiki keselamatan jalan raya satu usaha yang
menyeluruh.
Selain itu, negara terbabit juga mempunyai kecekapan sistem
pengangkutan awam yang begitu tinggi sehinggakan majoriti rakyatnya amat
bergantung kepada pengangkutan awam selain basikal.
Beban kepada pengguna
“Corak
am yang melakarkan pelaksanaan program AES di Malaysia dan di negara
lain adalah berteraskan usaha kerajaan atau pihak berkaitan untuk meraih
keuntungan sementara para pengguna jalan raya dibebani dengan kadar
saman yang tinggi,” katanya.
Sehubungan itu, KPRU mencadangkan satu sistem pengangkutan yang
komprehensif harus dilakukan jika kerajaan Malaysia serius mahu
memperbaiki keselamatan pengguna jalan raya.
Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif,
kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan
keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan
berkesan.
“Di Malaysia – di mana kecacatan sistem pengangkutan awam dan amalan
rasuah sering dibangkitkan – apakah pelaksanaan sistem AES dibantah
sepenuhnya akan ditangguhkan oleh kerajaan hari ini?
“Pendek kata, kita nakkan kerajaan yang dahulukan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat terbanyak?,” soalnya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.