Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken menyifatkan Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong gagal
membezakan manifesto Buku Jingga dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas kritikan Chua seperti dilapor Malaysiakini semalam,
bahawa Pakatan gagal memasukkan janji menurunkan harga petrol dan
memansuhkan tol dalam belanjawannya.
Wiliam berkata, belanjawan adalah perancangan sesebuah kerajaan
menggunakan wang bagi mentadbir negara dalam jangka masa setahun.
“(Manifesto) Buku Jingga pula janji-janji kita yang akan dilaksanakan
dari masa ke masa selepas jadi kerajaan pusat,” katanya kepada Suara
Keadilan.
Katanya lagi, perkara paling penting dalam Belanjawan Pakatan adalah mengurangkan defisit negara yang tinggi pada masa ini.
“Ternyata Chua gagal lihat perbezaan ini…dia cuba ambil satu perkara
dan masukkannya ke tempat lain,” kata Bendahari KEADILAN itu.
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat yang dibentang Ketua Pembangkang 26
September lalu menyasarkan penurunan defisit kepada 3.5 peratus,
berbanding 4.5 peratus pada 2012.
Menurut Wiliam, Chua juga terlepas pandang kerana Belanjawan Pakatan
ada memperuntukkan RM6.4 bilion untuk memansuhkan tol PLUS dan dua
konsesi lain dalam tahun pertama pentadbiran.
Tambah beliau, Chua hanya tahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat
dengan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta sebenar dan tidak munasabah.
“Ia cukup malang…rakyat pasti akan kecewa apabila lihat (taraf) pemimpin muda BN hari ini,” katanya.
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.