Pekerja KTMB Khuatir Dengan Pengambilalihan Oleh MMC Corporation.

| comments

Kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Sultan Hishamuddin bagi membantah pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Berhad, jumaat lepas.

 Himpunan disertai Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Parlimen Kuala Langat,  Abdullah Sani, Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Attan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Safaie BP Mammal.

Kenderaan yang lalu turut membunyikan hon tanda sokongan terhadap piket ini.

Turut hadir ahli kesatuan RUM dari seluruh negara termasuk Prai, Pulau Pinang, Gemas, Negeri Sembilan, Mentakab, Pahang.

Mereka turut membawa kain pemidang tertera perkataan ‘Kami Tolak MMC’, ‘Kami Sayang KTMB’ selain menyanyikan lagu rasmi RUM.

Sementara itu Presiden Kesatuan Pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, MMC tidak dapat menjamin kebajikan 5,600 pekerja KTMB

Selain jaminan pekerja KTMB tidak diberhentikan, beliau juga bimbang soal kebajikan seperti pembiayaan perubatan serta sewa kuarter serendah RM35 sebulan akan lesap selepas pengambilalihan tersebut.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit