Banyak projek berkepentingan awam yang tidak mengikut spesifikasi dan
kualiti material untuk infrastruktur awam, antaranya membabitkan
pembinaan sebuah hospital di Johor, dedah Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw.
“Contohnya, projek pembinaan hospital di Kluang banyak kesalahan. Kos
berjumlah RM380 juta, namun berlaku kelewatan sehingga setahun.
“Ini adalah projek runding terus. Adakah ia sesuatu projek yang
terlalu mendesak sehingga terpaksa dianugerah secara runding terus? Tak
cukup ketelusan,” kata Ahli Parlimen Kepong itu dalam sidang media di
Parlimen hari ini.
Projek pembangunan Hospital Kluang merupakan projek bagi menggantikan
hospital sedia ada yang telah dibina pada tahun 1931. Malangnya hingga
kini projek tersebut tergendala hingga tempoh setahun.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.