Rupanya mahatir Mahu Sembunyi Sesuatu.

| comments (2)

Isu pemberian dana oleh Pengasas Open Society Institute, George Soros kepada NGO Malaysia sengaja dicipta bekas Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad untuk menutup restu dan pembabitannya dalam skandal dagangan mata wang asing atau forex hingga menyebabkan Bank Negara rugi RM5.7 bilion.

Mahathir sengaja alih pandangan rakyat untuk letakkan tanggungjawab krisis ekonomi serantau kepada Soros.

“Sedangkan beliau bertemu Soros pada 2006 dan mengaku Soros tak bertanggungjawab dalam krisis kewangan Asia pada hujung 90-an,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Jelas Ahli Parlimen Batu itu lagi, pertengkaran peribadi di antara dua kapitalis ini tiada kaitan dengan amalan ekonomi negara yang baik.

Kedua-duanya kapitalis dan berniaga mata wang antarabangsa. Bezanya, sama ada mereka (kapitalis) besar atau kecil. Soros memang spekulator mawa wang. Itu memang kerja dia.

“Masalahnya, Dr Mahathir tidak beretika (guna dana awam). Ketika itu, Malaysia rugi besar, sebab itulah dia cuba menutup kesalahannya,” kata Tian.

Mahathir dan Tun Daim Zainuddin menjadi punca kerugian Bank Negara Malaysia ekoran bermain spekulasi mata wang asing sejak 1992 tetapi menyalahkan Soros apabila berlaku krisis kewangan pada 1997.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
25 Oktober 2012 pada 11:17 PG

Tun dr mahathir yg slama ni bngun kn malaysia kini difitnah.masih kagum bila trkenang tun dr mahathir lantang bersuara melindungi negara islam.anwar pegi mana?tido dlm slimut? --'

26 Oktober 2012 pada 7:26 PTG

@Tanpa Nama komen diatas adalah bodoh, siapa sahaja boleh bela negara Islam, tapi bila hina islam , sendiri tahu apa hukumnya kan. Anwar dari zaman muda dah perjuang Islam, sila semak..


Sila baca komen mahadey kutty dibawah. dan tolong jangan jadi bodoh.


(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

dan kalau masih bodoh, sila baca ayat dibawah.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit