Menteri Wanita Ketepi Wanita Dalam Bajet 2012

| comments

Perdana Menteri, Najib Razak selaku Menteri Wanita gagal membela golongan wanita apabila menyediakan tidak sampai 10 peratus peruntukan bagi kementerian itu dalam belanjawan 2012.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan hanya memperuntukkan RM2.3 bilion daripada RM283 bilion belanjawan 2012 dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Ini membuktikan Najib sebagai Menteri Wanita mengenepikan golongan wanita di negara ini.

“Sedangkan wanita membentuk 50 peratus pengundi di Malaysia. Wanita terpaksa merujuk kepada Kementerian lain untuk mendapatkan hak mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tawaran kepada golongan wanita di negara ini, antaranya melalui Caruman Wanita Nasional dan penetapan dasar 30 peratus penglibatan wanita dalam pentadbiran.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit