mahathir Disapina, Akan Ke Mahkamah?

| comments (1)

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menipu kabinet melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

"Kami akan panggil Dr Mahathir," kata peguam pembelaan Wong Kian Kheong ketika menyoal balas Ling pagi ini.

Wong bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci berhubung langkah itu.

Sumber yang dekat dengan pihak pendakwaan memberitahu pemberitan, sepina sudah dikeluarkan kepada Dr Mahathir untuk tampil ke mahkamah bulan depan.
azlan

Kemungkinan Dr Mahathir akan tampil di mahkamah dalam minggu kedua dalam bulan Oktober, tambah sumber itu lagi.

Dr Ling membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
  
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
  
Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

La, rupanya mahathir dipanggil sebab nak bela menteri sorang nei, kita tengok la Insyallah bila Pakatan menang, makin kerap mahathir naik turun mahkamah..

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
27 September 2012 pada 12:22 PTG

Elok sangat tu, sebab Ling Liong Sik tu menteri kabinet Mahathir, tentulah Mahathir tahu lebih banyak berhubung menteri dia, atau Ling Liong Sik mahu Mahathir kena siasat sama. Makan sama-sama, siasat atau kena pun biar lah sama-sama. ok?

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit