Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin
Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya
sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium
Melawati Shah Alam, Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata,
antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif
mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video
projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13,” katanya.
Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255
meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu.
Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan
majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan
menghadapi pilihan raya.
Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang
dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam
8.00 malam itu nanti.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.