Balu Pak Sako Meninggal Dunia, Beliau Pejuang Kemerdekaan.

| comments

Berita Kematian Balu Pak Sako seorang Nasionalis dan juga Pejuang Sastera "tukanglawan" dapat bila baca Tweet Pak Syed Husin Ali sebentar tadi.

Aishah @ Esah bt Husin Pernah aktif dalam AWAS,
(Angkatan Wanita Sedar)  iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
 
Sedikit Sejarah Aishah Husin dan Penglibatan dalam  AWAS, 

Kita sedikit lupa siapa Aishah bt Husin, beliau sebenarnya seorang pemimpin yang harus kita hormati, Selain dari Aishah Ghani (Bekas menteri Kebajikan Masyarakat) dan Shamsiah Fakeh, Aishah Husin adalah antara pemimpin awal dalam AWAS, jadi selayaknya  beliau kita gelar "pejuang kemerdekaan". tetapi kerana perjuangannya bersifat "kiri" maka jarang dihebahkan peranan besarnya dalam menuntut kemerdekaan negara ini. 
AWAS bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis.

Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948, lebih kurang 10 tahun sebelum merdeka.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga pejuang kemerdekaan ini dicucuri rahmat.




 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit