ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air sedalam satu meter di Kampung Kuala Lanjut dekat sini, hari ini.
Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 10 pagi semalam apabila motosikal yang ditunggang mangsa Mohammad Aziz Mehad, 21, bersama anak saudaranya, Mohammad Khairul Azhar Mohd Saman, 3, terbabas ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.
Bagaimanapun Mohamad Khairul tidak mengalami kecederaan apabila diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu.
Abang mangsa, Mohammad Nizam, 26, berkata adiknya yang bekerja mengambil upah kerja-kerja sawah sebelum itu mahu pergi beraya bersama rakan-rakannya dan terpaksa menuruti permintaan Mohamad Khairul yang mengajak mangsa ke kedai runcit.
"Mungkin mangsa pening sebab dia tidak tidur semalam punca dia terbabas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Mohammad Nizam berkata, orang ramai yang ada di tempat kejadian hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya dan gagal menyelamatkan mangsa.
Mohammad Nizam, yang mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa adik melalui orang kampung, terus ke tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.
Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut lewat petang semalam.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.