Peneroka felda Negeri Sembilan Tak Puas Hati

| comments

Biro Felda dan Orang Asal PKR mendakwa peneroka Felda yang tidak puas hati mengenai pembahagian saham Felda Global Ventures Holding bukan hanya di Pahang tetapi juga peneroka di Negeri Sembilan.

Saya menerima aduan melalui telefon dari peneroka Felda Lui di Jelebu memberitahu mereka menerima saham hanya 800 unit untuk melabur dalam FGVH.

Tetapi yang paling banyak berlaku di kalangan peneroka-peneroka Felda di Pahang,” kata Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said .

Suhaimi meminta pihak berkenaan khususnya Felda menyiasat mengapa perkara tersebut boleh berlaku.

Peneroka Felda Jengka 22 memberitahu saya mreka merasa peneroka telah tertipu. Mereka bertanya apa yang mereka dapat dari saham sebanyak itu?

Peneroka meminjam wang bank untuk melabur tetapi selepas ditolak bayaran peguam dan kos pemerosesan, berapa yang mereka dapat?,” tanya beliau.

Menurut Suhaimi, saham sama ada 800 atau 1, 000 unit tidak akan mengubah kehidupan mereka.
Katanya, ramai peneroka menjangka mereka mendapat 50, 000 unit saham FGVHB kerana ia pelaburan sekali seumur hidup.

Suhaimi menegaskan pemberian saham yang kecil itu menyebabkan peneroka tidak mahu melabur dalam FGVHB.

Peneroka berkata lebih baik mereka melabur dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang sudah tentu mendapat bonus dan dividen sebanyak 15 peratus setahun,” tambah beliau.

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) sekali lagi menegaskan semakin banyak peneroka mendapat saham FGVHB, semakin hampir mereka untuk menanggung hutang.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, dalam borang saham yang dikeluarkan oleh FGVHB peneroka boleh mmbuat pinjaman bank antara RM50, 000 dan RM100, 000 tetapi kerugian akan ditanggung mereka.

Bayangkan jika mereka meminjam RM100, 000 dan pelaburan dalam FGVHB rugi, berapa banyak hutang yang mereka akan tanggung?
Anak tetap dengan pendirian supara peneroka Felda menolak FGVH,” tambah Mazlan.

Bernama melaporkan peneroka di beberapa tanah rancangan di Pahang yang kecewa kerana mereka hanya diberikan 800 unit saham dalam FGVHB.

Mereka meminta Felda menambah saham mereka kepada 1, 000 unit bagi satu keluarga.

Siapa yang untung?, masih juga isa samad yang mendapt 180,000 unit saham itu, sedangkan peneroka yang menggadaikan tanah mereka hanya dapat sisa, nampaknya makin cepat umno berkubur

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit