Nasharuddin Mat Isa Kecewa.

| comments

Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.

Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam satu sidang media .

Khalid menambah, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah berkisarkan hudud bagaimanapun Khalid mempersoalkan Umno yang menolak hudud.

Beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.

Beliau kata PAS perlu keluar Pakatan kerana DAP tidak terima hudud tetapi adakah Umno menerima hudud?.
Jeng.. jeng.. jeng.. Nasha boleh minta umno keluar dari MIC atau MCA lepas ni kerana mereka tentang hudud habis-habisan.. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit