Kene Tembak Walaupun Tak Bersenjata.

| comments

Saksi mendakwa pihak polis menembak lelaki yang tidak bersenjata daripada jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada 21 Ogos lalu.

 Ilavarasen, 24, mendakwa D Dinesh, 26, yang meninggal dunia dua hari selepas kejadian di awal pagi itu tidak membawa sebarang senjata ketika keluar daripada kereta Proton Perdana putih yang ditahan dekat lampu trafik di Ampang Waterfront.

"Saya berada dalam kereta tidak jauh daripadanya dan boleh nampak daripada belakang," kata Ilavarasen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"(Polis) tembak daripada jarak dekat, atas dan bawah. Semua orang panik. Keadaan jadi kelam kabut dan tiada amaran, mereka juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta."

Bagaimanapun, versi polis menggambarkan keadaan berbeza apabila Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Md Nazri Zawawi dilapor sebagai berkata, kenderaan terbabit mengundur dan melanggar kereta peronda selepas dihampiri anggotanya.

"Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis," beliau dipetik sebagai berkata oleh Kosmo! dalam sidang media di Ampang Jaya






.Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit